Pages

Monday, July 11, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 25 (SESI PAGI)




Hari : Isnin
Tarikh : 11 Julai 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
Encik Hafiz Md Nor (K)
Puan Jamilah
Puan Aishah
Puan Rubiaton
Puan Norhamizah
Cik Norliza
Puan Khaironnajmi

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
2. Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Naim
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Norhamizah binti Hamzah.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.

Bacaan ikrar oleh guru
Bacaan ikrar murid

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Zuraini binti Ismail)
Ringkasan ucapan:
Memberi teguran mengenai sikap dan salah laku yang sentiasa berulang walaupun telah diingatkan berkali-kali. Tiga perkara yang diingatkan iaitu :

1) Sikap murid yang selalu menggunakan perkataan yang tidak senonoh
2) Pembaziran elektrik - terdapat murid-murid yangtidak peka untuk mematikan suis lampu dan kipas semasa meninggalkan kelas.
3) Terdapat kelas yang tidak menjaga kebersihan dan didapati banyak sampah ditinggalkan sebelum pulang.

Ucapan guru bertugas minggu lepas

Ucapan Guru Bertugas (Pn Hamizah Binti Hamzah)

Tema : Tanggungjawab Murid Terhadap Guru
Terdapat 7 adab-adab yang ditekankan sebagai tanggungjawab murid terhadap guru
iaitu :
  1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi salam kepada guru kelas kamu.Jika guru terdahulu memberi salam hendaklah segera dijawab.
  2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk ke bilik darjah kamu.
  3. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham bolehlah bertanya kepada guru kamu dengan sopan.
  4. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh kamu berbuat demikian.
  5. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika guru sedang mengajar
  6. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi penerangan
  7. Ucapkan terima kasih kepada guru kamu sebaik sahaja guru itu selesai mengajar.
LAWAD hari ini :
Bahasa Melayu – belanja (wang untuk membeli/membayar sesuatu)
Bahasa Inggeris – fall (jatuh)
Bahasa Arab – lausamahtu (izinkan saya)

Ucapan Guru Besar :

Terdapat beberapa perkara yang diingatkan oleh Tuan Guru Besar iaitu :

  1. Guru juga disebut sebagai in loco parentis dimana guru berperanan sebagai ibu dan bapa di sekolah cuma dalam aspek yang berbeza. Jadi murid semestinya berkelakuan dan beradab dengan guru sepertimana dilakukan terhadap ibubapa
  2. Nasihat tentang lumrah kehidupan yang semestinya ada kegembiraan dan kedukaan.
  3. Peringatan kepada murid supaya tidak berkelakuan tidak baik (seperti malas dan mencuri) dan aktiviti-aktiviti tidak sepatutnya dilakukan bagi mengelakkan daripada terus berlarutan melakukan aktiviti tersebut sehingga dewasa.
  4. Mengingatkan murid supaya bersyukur dengan segala kemudahan yang telah disediakan dan belajar untuk melahirkan kesyukuran. Selalu berfikir tentang kesusahan orang lain dan jangan mengambil jalan mudah dan pintas untuk mencari kesenangan.
  5. Murid diingatkan supaya menjaga perilaku, nama baik diri dan keluarga.
Ucapan Guru Besar

No comments:

Post a Comment