Mesyuarat persiapan akhir sempena Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan PBS oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah diadakan di SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi pada 5 Julai 2011.
Mesyuarat ini membincang segala persiapan yang berkaitan dengan pameran yang akan diadakan pada hari tersebut.
Wakil dari SK Taman Putra Perdana ialah En. Sukimin bin Juki (GB), Pn. Siti Habsah bt Ahmad, Pn. Jumilah bt Ahmad dan Pn. Nur Syukri Hidayati bt Che Omar. SKTPP telah diberi tugasan untuk menerangkan tentang pengaplikasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dengan tema " Efisien, Holistik, Tanpa Sempadan".
No comments:
Post a Comment