Pages

Tuesday, November 1, 2011

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform 2011

Unit Kokurikulum SKTPP telah menganjurkan satu program perkhemahan untuk unit-unit beruniform SKTPP seperti Unit Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan PBSM.  Seramai 150 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 yang mengikuti program perkhemahan ini.


Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SKTPP.


Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2011 di sekolah.  Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk.  Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.

Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh tuan guru besar SKTPP sendiri iaitu Encik Sukimin bin Juki pada pukul 4.00 petang, 29 Oktober 2011.  Beliau tekah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta perkhemahan.

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:

Hari Pertama: Jumaat, 28 Oktober 2011



Pendaftaran pada pukul 2.00 petang, 28 Oktober

Aktiviti mendirikan khemah

Hujan lebat turun tiba-tiba menyebabkan semua khemah basah



Malam Kebudayaan

Aksi kumpulan yang membuat persembahan

Murid lelaki tidur di Dewan

Hari Kedua: Sabtu, 29 Oktober 2011
Aktiviti mencari harta karun

Mengemas khemah bersama-sama

Kumpulan murid diberi taklimat sukaneka

Aktiviti senaman pagi turut dijalankan


Aktiviti sukaneka untuk memupuk semangat juang murid

Kemahiran PJ juga dipupuk dalam program ini

 Aktiviti 'Camp Craft'






 Penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh guru besar



untuk lebih paparan gambar klik di sini atau di sini

Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini.  Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung.  Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, dalam usaha melahirkan murid SKTPP yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah!

No comments:

Post a Comment