Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SKTPP.
Program ini telah berjaya dilaksanakan pada 28-29 Oktober 2011 di sekolah. Walau pun perancangan awal, murid berkhemah di padang sekolah, namun tidak berjaya direalisasikan kerana faktor cuaca buruk. Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.
Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh tuan guru besar SKTPP sendiri iaitu Encik Sukimin bin Juki pada pukul 4.00 petang, 29 Oktober 2011. Beliau tekah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta perkhemahan.
Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung:
Hari Pertama: Jumaat, 28 Oktober 2011
Pendaftaran pada pukul 2.00 petang, 28 Oktober
Aktiviti mendirikan khemah
Hujan lebat turun tiba-tiba menyebabkan semua khemah basah
Malam Kebudayaan
Aksi kumpulan yang membuat persembahan
Murid lelaki tidur di Dewan
Hari Kedua: Sabtu, 29 Oktober 2011
Aktiviti mencari harta karun
Mengemas khemah bersama-sama
Kumpulan murid diberi taklimat sukaneka
Aktiviti senaman pagi turut dijalankan
Aktiviti sukaneka untuk memupuk semangat juang murid
Kemahiran PJ juga dipupuk dalam program ini
Aktiviti 'Camp Craft'
Penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh guru besar
untuk lebih paparan gambar klik di sini atau di sini
Rata-rata peserta perkhemahan memberikan komen yang positif setelah berakhirnya program perkhemahan ini. Nyatanya mereka telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang program ini berlangsung. Semoga program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang, dalam usaha melahirkan murid SKTPP yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sahsiah!
No comments:
Post a Comment