KEM BESTARI SOLAT FASA 1 TAHAP 2
TARIKH : Sabtu – 31 Mac 2012
MASA : 7.30 pagi – 1.00 petang
TEMPAT : Dewan Perdana, Surau dan Kelas
PELAKSANA :j-QAF dan Guru Pendidikan Islam
SASARAN : Semua murid tahun 4,5 dan 6 yang beragama Islam.
OBJEKTIF :
1. Murid dapat memahami cara berwuduk.
2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
4. Dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna.
5. Murid dapat mempelajari cara solat jenazah dan bacaan dengan betul.
6. Murid dapat melaksanakan solat jenazah secara berjemaah.
RINGKASAN PROGRAM
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan di bawah program j-QAF untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Program ini dijalankan seawal 7.30 pagi bermula dengan pendaftaran murid. Murid tahun 6 di tempatkan di Surau dan murid tahun 4 dan 5 berada di dewan perdana. Pengisian untuk murid tahun 6 ialah berkaitan dengan Solat Jenazah serta amalinya. Manakala murid tahun 4 dan 5 pula berkaitan solat fardu dan bacaan dalam rukun solat serta amali solat di dewan perdana. Program ini berakhir dengan soalan kuiz yang berkaitan wudhuk dan solat dan bersurai pada jam 1.00 petang.
GAMBAR –GAMBAR PROGRAM
No comments:
Post a Comment