Masa : 9.00 pagi hingga 11.00pagi
Tarikh : 31 Mac 2012, Sabtu
Tempat : Pusat Sumber dan Bilik Mesyuarat SKTPP
LATAR BELAKANG
Unit beruniform yang ditubuhkan di SK Taman Putra Perdana kerap melakukan aktiviti seperti lawatan, pertandingan sukan dan sebagainya. Sewaktu pelajar-pelajar melakukan aktiviti, kemalangan mungkin berlaku. Oleh sebab itu, adalah perlu setiap ahli unit beruniform mampu memberikan bantuan mula atau disebut juga bantuan kecemasan andainya berlaku keadaan seumpama itu sebelum pasukan paramedik tiba. Pengetahuan pertolongan cemas dapat menyelamatkan nyawa, mengehadkan kesan-kesan kecederaan.
OBJEKTIF PROGRAM
Pada akhir kursus ini, para peserta :
i. dapat menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menjaga keselamatan diri
sendiri, rakan-rakan dan ahli keluarga.
ii. mengetahui tatacara memberi kelegaan dan keselesaan kepada mangsa
iii. boleh memberikan bantuan kecemasan setakat termampu dan mengelakkan keadaan
daripada menjadi lebih teruk.
TUJUAN
Program ini perlu dijalankan kerana:
Pelajar-pelajar SK Taman Putra Perdana perlu menambahkan pengetahuan tentang pertolongan cemas untuk menghadapi keadaan kecemasan yang tidak diduga pada bila-bila masa seperti kemalangan sewaktu perjalanan pergi dan balik dari sekolah, kemalangan sewaktu menjalankan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya;
Mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa menghadapi saat-saat kecemasan; dan
Memberikan bantuan mula atau bantuan kecemasan kepada mangsa.
Salam puan roseniza, boleh saya tahu dari unit manakah penceramah jemputan ini? Harap puan tidak keberatan kerana saya trtarik dgn sesi kursus pertolongan cemas ini
ReplyDelete