Pages

Friday, May 25, 2012

HARI JALINAN MESRA SIRI 1/2012

Tarikh  :  25 Mei 2012
Hari     :  Jumaat
Masa   :  7.45 – 10.30 pagi

Objektif :
Untuk memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing.  Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Pelaksanaan:
Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru berlangsung seawal 7.30 pagi di kelas masing-masing.  Ibu bapa mulai hadir ke sekolah bersama anak-anak dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai anak-anak dari tahun 1 hingga tahun 6, murid PPKI dan juga murid Prasekolah. 

Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya.  Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana.

Pada hari ini juga dilaksanakan kutipan yuran PIBG sebanyak RM25 untuk seorang keluarga.  Kaunter PIBG di buka dari awal pagi di Dewan Perdana dan juga Laluan Patriotik.

Laporan Bergambar:
Berikut adalah beberapa paparan rakaman gambar aktiviti yang berlangsung pada hari Jalinan Mesra ini:

Seorang bapa mendapatkan panduan arah ke kelas anaknya

Kutipan yuran PIBG oleh Bendahari PIBG - Pn Maimunah

AJK Penunjuk Arah menjalankan tugas dengan tekun

Puan Yani menerima bayaran PIBG di kaunter

Pertemuan antara Pn Mahfuzah dengan ibu murid PPKI

Seorang lagi guru kelas PPKI berbincang bersama ibu bapa murid PPKI

Sesi pertemuan murid tahun 1

Cik Azlinda memberikan penerangan kepada bapa murid tahun 1

Pn Zailezah selaku guru kelas menunjukkan laporan prestasi muridnya kepada ibu yang hadir

menerima pelaporan KSSR dengan wajah ceria

aktiviti untuk murid yang hadir ke sekolah hari ini

tekun membaca buku

barisan guru yang ditugaskan mengawal murid yang hadir ke sekolah


 Puan Norhafiza dan Pn Arzah menerima bayaran yuran PIBG dengan penuh kesabaran

murid tahun 1 ini membawa pulang pelaporan KSSR yang diterima

Aktiviti jualan surat khabar juga dijalankan oleh Pn Norazura

Perjumpaan ibu bapa di kelas Prasekolah

Cikgu Alinda mendengar dengan teliti luahan hati seorang ibu

Pn Halimatun dan Pn Siti Fadzillah memberi nasihat kepada murid Prasekolah sambil diperhatikan oleh ibunya sendiri

perjumpaan yang berlangsung di kabin sekolah


Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek dan jasmani bepandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Semoga dengan usaha ini kita mampu menyediakan murid-murid SKTPP ke arah kehidupan  dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment