Hari : Jumaat
Masa : 7.45
– 10.30 pagi
Objektif :
Untuk memberi peluang
kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru
kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua
perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak
masing-masing. Selain itu, kedua-dua
belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu
berbangkit.
Pelaksanaan:
Sesi pertemuan antara ibu
bapa dan guru-guru berlangsung seawal 7.30 pagi di kelas masing-masing. Ibu bapa mulai hadir ke sekolah bersama
anak-anak dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai
anak-anak dari tahun 1 hingga tahun 6, murid PPKI dan juga murid Prasekolah.
Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana.
Pada hari ini juga
dilaksanakan kutipan yuran PIBG sebanyak RM25 untuk seorang keluarga. Kaunter PIBG di buka dari awal pagi di Dewan
Perdana dan juga Laluan Patriotik.
Laporan Bergambar:
Berikut adalah beberapa paparan
rakaman gambar aktiviti yang berlangsung pada hari Jalinan Mesra ini:
Seorang bapa mendapatkan panduan arah ke kelas anaknya
Kutipan yuran PIBG oleh Bendahari PIBG - Pn Maimunah
AJK Penunjuk Arah menjalankan tugas dengan tekun
Puan Yani menerima bayaran PIBG di kaunter
Pertemuan antara Pn Mahfuzah dengan ibu murid PPKI
Seorang lagi guru kelas PPKI berbincang bersama ibu bapa murid PPKI
Sesi pertemuan murid tahun 1
Cik Azlinda memberikan penerangan kepada bapa murid tahun 1
Pn Zailezah selaku guru kelas menunjukkan laporan prestasi muridnya kepada ibu yang hadir
menerima pelaporan KSSR dengan wajah ceria
aktiviti untuk murid yang hadir ke sekolah hari ini
tekun membaca buku
barisan guru yang ditugaskan mengawal murid yang hadir ke sekolah
Puan Norhafiza dan Pn Arzah menerima bayaran yuran PIBG dengan penuh kesabaran
murid tahun 1 ini membawa pulang pelaporan KSSR yang diterima
Aktiviti jualan surat khabar juga dijalankan oleh Pn Norazura
Perjumpaan ibu bapa di kelas Prasekolah
Cikgu Alinda mendengar dengan teliti luahan hati seorang ibu
Pn Halimatun dan Pn Siti Fadzillah memberi nasihat kepada murid Prasekolah sambil diperhatikan oleh ibunya sendiri
perjumpaan yang berlangsung di kabin sekolah
Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek dan jasmani bepandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Semoga dengan usaha ini kita mampu menyediakan murid-murid SKTPP ke arah kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment