Pages

Monday, July 30, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN KE-29 (SESI PAGI)

Hari : Isnin
Tarikh : 30 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi

Guru bertugas mingguan:
1.En. Norizmi bin Zainal Abidin
2.Pn.Rosmaria bt Idris
3.Pn. Zailezah bt Sardi
4.Pn.Jamilah bt Mohd Yusof
5.Pn. Linda bt Adam
6.Pn. Nurzainon bt Mohd Razalli
7.Pn. Maimunah bt Yob
8.En. Tarmiji b. Sabali

Laporan/Ulasan

1.Nyanyian/Bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
1.2 Bacaan doa oleh Adik Mohd Kamal Aizam.
1.3 Bacaan ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.
1.4 Bacaan ikrar murid oleh Adik Atiqah An-Nur Bt Zainudin.


2. Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas(Pn. Norli)
2.1 Terdapat beberapa orang murid yang berada di dalam kelas pada waktu rehat yang menyebabkan ada     murid yang kehilangan barang. Murid-murid diingatkan tidak berada di dalam kelas pada waktu rehat.
2.2 Murid diingatkan menutup lampu dan kipas sebelum keluar dari kelas.
2.3 Tahap kebersihan kelas memuaskan.

3. Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
3.1 Tahun 4 -Pertama  - Resak
                     Kedua    - Jati
                     Ketiga    - Seraya

3.2 Tahun 5 -Pertama  - Merbok
                     Kedua   - Merpati
                     Ketiga    - Merak

3.3 Tahun  6-  ditangguhkan kerana peperiksaan percubaan dijalankan pada minggu lepas.


3.4 PPKI -Pertama- Semangat
                 Kedua - Cekal

4. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
4.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
4.2 Tema minggu ini "Menghormati Hak Orang Lain"
a) Bagi murid yang tidak berpuasa janganlah makan di depan orang yang berpuasa kerana kita haruslah menghormati hak orang yang berpuasa.
b) Jika murid ingin meminjam alat tulis dari kawan jangan terus ambil,haruslah mendapat kebenaran
terlebih dahulu kerana itu adalah hak kawan kamu.
c) Apabila kita meminjam buku dari perpustakaan kita haruslah memulangkannya kerana itu adalah
hak sekolah dan untuk digunakan oleh semua murid.




5. Perkataan LAWAD
    BM   -  kejur = keras
    BI     -  occomplishment - kebolehan,kemahiran
    Arab - addujajatun - ayam betina

6.Majlis Penutupan Bulan Bahasa dan Penyampaian Hadiah
6.1 Penyampaian hadiah kepada pemenang bagi bulan bahasa bagi Tahun 4,5 dan 6 dalam aktiviti:
      a) sajak
      b) syair
      c) teka silang kata
      d) ganda huruf


7.Ucapan GPK Pentadbiran(Pn. Habsah bt Ahmad)
7.1 Program Menabung anjuran Bank Rakyat untuk semua murid SKTPP.Pertandingan terbuka
 kepada murid-murid yang mempunyai simpanan RM 100 ke atas dan murid yang belum mempunyai buku simpanan boleh membuka akaun paling minimum RM 10 di pejabat sekolah.


                 
Perhimpunan tamat pada pukul 8.30 pagi.

Disediakan oleh,
Zailezah bt Sardi


No comments:

Post a Comment