Pages

Monday, July 30, 2012

PROGRAM BULAN BAHASA 2012

Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu.  Program ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.  Di samping itu dapat menambahkan kosa kata dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid  melalui aktiviti yang dijalankan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti bersajak, bersyair, teka silang kata dan banyak lagi.  Aktiviti ini dijalankan secara berperingkat dari 1 Julai - 30 Julai 2012.  Pada hari ini, 30 Julai, acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan dilakukan secara ringkas semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1. Aktiviti di dalam kelas :
Tahun 4 : Ganda Huruf
Tahun 5 : Silang Sinonim

2. Aktiviti Individu :
Tahun 4 : Bersajak pada 12 Julai 2012 di Dataran Perhimpunan
Tahun 5 : Aktiviti Bersyair pada 19 Julai 2012 di Dewan Perdana


Aktiviti bersajak di Dataran

Para Pengadil untuk aktiviti bersajak

Puan Astina menunjuk cara bersyair

Para pengadil acara bersyair

Salah seorang peserta syair dari tahun 5

Berikut adalah gambar-gambar semasa acara penutup:

Encik Fuadi (PK Kokurikulum) menyampaikan hadiah kepada para pemenang



Puan Siti Habsah (PK Kurikulum) turut menyampaikan hadiah

Pemenang Acara Bersajak ~ Najihah bt Kamarul Ariffin (4Meranti)

Pemenang acara bersyair ~ Wan Fatin Amira (5Nuri)

Tahniah kepada semua pemenang.

Pihak Panitia Bahasa Melayu juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan warga SKTPP yang telah menjayakan program Bulan Bahasa 2012 ini.


No comments:

Post a Comment