Pages

Monday, January 21, 2013

Laporan Perhimpunan Minggu ke-4


Hari     : Isnin
Tarikh  :  21 Januari 2013
Masa   : 7.30 hingga 8.20 pagi

Guru-guru bertugas :
1. En. Mohd Kamarul b. Rahman
2. Pn. Nor Azura bt Mustafa
3. Pn. Norhana bt Nordin
4. Pn. A’ishah bt. Mohd Nor
5. Pn. Juli bt Mahbah
6. Pn. Norshakila bt Rusly
7. Pn. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
8. Pn. Roseniza bt Setapa

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik       Intan Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
       1.2 Bacaan doa oleh adik Mohd Syazwan (6 Tiung).
       1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  Pn. Nor Azura bt Mustafa.
       1.4 Ikrar murid oleh adik Nur Alia Sabrina (6 Tiung)

2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Tarmiji b. Sabali)
      2.1 Pada minggu lepas, sekolah telah berjaya melaksanakan 2 program iaitu Pengagihan Wang Bantuan RM100 dan Program Jalinan Kasih bagi pelajarTahun 6. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dari segi disiplin sepang program-program tersebut berlangsung.
       2.2  Bagi pelajar yang datang ke sekolah menunggang basikal, disiplin yang ditunjukkan sewaktu datang ke sekolah amatlah baik di mana murid akan berhenti di pagar sekolah dan menuntun basikal ke tempat letak basikal. Namun, perkara sebaliknya pula berlaku diwaktu murid pulang sekolah. Murid juga diminta agar mengunci basikal supaya tidak berlaku kerosakan dan kehilangan basikal di kawasan sekolah.
       2.3  Murid juga kerap tercicir duit belanja dan ramai murid tidak sedar akan perkara tersebut. Semua murid dinasihatkan agar menjaga barangan sendiri seperti duit, kunci, cermin mata dan sebagainya agar tidak hilang. 

Laporan guru minggu bertugas minggu lepas oleh En. Tarmiji

3.0 Laporan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Nor Azura bt Mustafa)
      3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.
      3.2 Tema bagi minggu ini ialah Hormati Guru dan Rakan-rakan.
Perkataan hormat terlalu meluas maksud penggunaannya. Hormat bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi juga kepada guru dan rakan-rakan yang berada di sekeliling kamu. Hari ini cikgu memfokuskan kepada hormat melalui tutur kata. Kita haruslah menjaga tutur kata dengan menuturkan kata-kata yang sopan, berhemah dan baik sahaja kepada guru, rakan-rakan dan semuanya. Tutur kata yang baik akan menghindarkan kita dari bergaduh sesama rakan dan manusia yang lain.

 Guru bertugas pada minggu ini

4.0 Perkataan LAWAD
      4.1 Bahasa Melayu : Belalak
      4.2 Bahasa Inggeris : Below  - bawah
      4.3 Bahasa Arab : U’lum - sains
5.0 Penyampaian sijil lantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah 2013 (Pn. Siti Rabiaah bt Mohamed)
      5.1  Pn. Siti Rabiaah membacakan nama-nama pengawas pusat sumber bagi tahun 2013 untuk upacara pelantikan.
      5.2 Sijil pelantikan disampaikan oleh Tuan Guru Besar
      5.2 Bacaan ikrar pengawas pusat sumber yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat sumber  iaitu adik Nurasyekeen bt Mohamed.


                                                            Penyerahan sijil lantikan

 Bacaan ikrar yang diketuai oleh adik Nurasyekeen selaku Ketua Pengawas Pusat sumber


6.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum  (En. Ahmad Fuadi b. Sarham)
      6.1 Disiplin perlulah diamalkan sama ada di dalam ataupun di luar kelas. Disiplin juga perlu dipupuk di dalam diri supaya kita akan menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang. Disiplin yang berterusan akan membawa kejayaan yang diinginkan.
     6.2 Akademik juga perlulah diutamakan kerana tanpa ilmu cita-cita kita tidak akan tercapai. Semua pelajar mestilah mengulang kaji pelajaran setiap hari agar kita tidak ketinggalan dalam bidang akademik.
     6.3 Kokurikulum dibitarakan dan setiap murid mestilah mengikuti aktiviti kokurikulum pada setiap minggu agar dapat menambah ilmu yang sedia ada.
Ucapan oleh En. Ahmad Fuadi



Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi


No comments:

Post a Comment