Hari : Isnin
Tarikh : 21 Januari 2013
Masa : 7.30 hingga 8.20 pagi
Guru-guru bertugas :
1. En. Mohd Kamarul b. Rahman
2. Pn. Nor Azura bt Mustafa
3. Pn. Norhana bt Nordin
4. Pn. A’ishah bt. Mohd Nor
5. Pn. Juli bt Mahbah
6. Pn. Norshakila bt Rusly
7. Pn. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
8. Pn. Roseniza bt Setapa
LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
1.2 Bacaan doa oleh adik Mohd Syazwan (6 Tiung).
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nor Azura bt Mustafa.
Tarikh : 21 Januari 2013
Masa : 7.30 hingga 8.20 pagi
Guru-guru bertugas :
1. En. Mohd Kamarul b. Rahman
2. Pn. Nor Azura bt Mustafa
3. Pn. Norhana bt Nordin
4. Pn. A’ishah bt. Mohd Nor
5. Pn. Juli bt Mahbah
6. Pn. Norshakila bt Rusly
7. Pn. Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji
8. Pn. Roseniza bt Setapa
LAPORAN
1.0 Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan adik Intan Zulaikha binti Muzafar (6 Tiung).
1.2 Bacaan doa oleh adik Mohd Syazwan (6 Tiung).
1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nor Azura bt Mustafa.
1.4 Ikrar murid oleh adik Nur Alia
Sabrina (6 Tiung)
2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Tarmiji b. Sabali)
2.1 Pada minggu lepas, sekolah telah berjaya melaksanakan 2 program iaitu Pengagihan Wang Bantuan RM100 dan Program Jalinan Kasih bagi pelajarTahun 6. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dari segi disiplin sepang program-program tersebut berlangsung.
2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (En. Tarmiji b. Sabali)
2.1 Pada minggu lepas, sekolah telah berjaya melaksanakan 2 program iaitu Pengagihan Wang Bantuan RM100 dan Program Jalinan Kasih bagi pelajarTahun 6. Ucapan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dari segi disiplin sepang program-program tersebut berlangsung.
2.2
Bagi pelajar yang datang ke sekolah menunggang basikal, disiplin yang
ditunjukkan sewaktu datang ke sekolah amatlah baik di mana murid akan berhenti
di pagar sekolah dan menuntun basikal ke tempat letak basikal. Namun, perkara
sebaliknya pula berlaku diwaktu murid pulang sekolah. Murid juga diminta agar
mengunci basikal supaya tidak berlaku kerosakan dan kehilangan basikal di
kawasan sekolah.
2.3 Murid juga kerap tercicir duit belanja dan
ramai murid tidak sedar akan perkara tersebut. Semua murid dinasihatkan agar
menjaga barangan sendiri seperti duit, kunci, cermin mata dan sebagainya agar
tidak hilang.
Laporan
guru minggu bertugas minggu lepas oleh En. Tarmiji
3.0 Laporan
Guru Bertugas Mingguan (Pn. Nor Azura bt Mustafa)
3.1 Memperkenalkan guru bertugas pada
minggu ini.
3.2 Tema bagi minggu ini ialah Hormati Guru dan Rakan-rakan.
Perkataan
hormat terlalu meluas maksud penggunaannya. Hormat bukan sahaja kepada ibu bapa
tetapi juga kepada guru dan rakan-rakan yang berada di sekeliling kamu. Hari
ini cikgu memfokuskan kepada hormat melalui tutur kata. Kita haruslah menjaga
tutur kata dengan menuturkan kata-kata yang sopan, berhemah dan baik sahaja
kepada guru, rakan-rakan dan semuanya. Tutur kata yang baik akan menghindarkan
kita dari bergaduh sesama rakan dan manusia yang lain.
Guru
bertugas pada minggu ini
4.0 Perkataan LAWAD
4.1 Bahasa Melayu : Belalak
4.2 Bahasa Inggeris : Below - bawah
4.3 Bahasa Arab : U’lum - sains
5.0
Penyampaian sijil lantikan Pengawas Pusat Sumber sekolah 2013 (Pn. Siti Rabiaah
bt Mohamed)
5.1 Pn. Siti Rabiaah membacakan nama-nama pengawas pusat sumber bagi
tahun 2013 untuk upacara pelantikan.
5.2 Sijil pelantikan disampaikan oleh Tuan Guru Besar
5.2 Bacaan ikrar pengawas pusat sumber yang diketuai oleh Ketua Pengawas Pusat
sumber iaitu adik Nurasyekeen bt
Mohamed.
Penyerahan sijil lantikan
Bacaan
ikrar yang diketuai oleh adik Nurasyekeen selaku Ketua Pengawas Pusat sumber
6.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum (En. Ahmad Fuadi b. Sarham)
6.1 Disiplin perlulah diamalkan sama ada
di dalam ataupun di luar kelas. Disiplin juga perlu dipupuk di dalam diri
supaya kita akan menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang. Disiplin
yang berterusan akan membawa kejayaan yang diinginkan.
6.2 Akademik juga perlulah diutamakan
kerana tanpa ilmu cita-cita kita tidak akan tercapai. Semua pelajar mestilah
mengulang kaji pelajaran setiap hari agar kita tidak ketinggalan dalam bidang
akademik.
6.3 Kokurikulum dibitarakan dan setiap
murid mestilah mengikuti aktiviti kokurikulum pada setiap minggu agar dapat
menambah ilmu yang sedia ada.
Ucapan
oleh En. Ahmad Fuadi
Sesi perhimpunan tamat pada jam 8.20 pagi
No comments:
Post a Comment