Tarikh: 15 Mei 2013
Unit Uniform Kokurikulum SK
Taman Putra Perdana telah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian Shah Alam pada
15 Mei 2015. Aktiviti ini disertai oleh
90 orang murid dengan 8 orang pengiring.
Objektif lawatan ini diadakan
adalah untuk memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti di
luar bilik darjah, merapatkan hubungan antara guru dengan murid, dan menanam sikap
berdikari, keberanian, dan bijak mengurus masa dalam kalangan murid.
Murid-murd yang mengikuti
lawatan ini terdiri daripada jawatankuasa unit kokurikulum daripada tahun 3,
tahun 4, tahun 5, dan tahun 6 SK Taman Putra Perdana. Penyertaan juga dibuka kepada murid-murid yang berminat.
Guru-guru yang mengiringi
murid pula ialah:
a) Pn
Mazzaini bt Muda
b) En
Tarmiji b Sabali
c) En
Mahadir b Midun
d) En
Jamilluail b Junit
e) En
Zawadi
f) Pn
Norasmawi bt Omar
g) Pn
Suriyana bt Nayan
Tumpuan utama lawatan ke Taman
Pertanian Shah Alam adalah adalah untuk mencuba aktiviti skytrex Little Adventure dan Big Thrill. Aktiviti Little Adventure mempunyai 23
cabaran dengan ketinggian platform 3-5 meter dari tanah. Murid-murid mencuba
aktiviti daripada yang mudah kepada yang lebih sukar seperti Rubah Tulang,
Terbang Naga, Jungkit Arnab dan banyak lagi. Semua murid perlu melengkapkan
Litter Adventure ini dengan melalui Rubah Terbang sepanjang 70 meter melintasi
dua buah tasik di bawahnya. Aktiviti ini
membina nilai yakin diri dan keberanian bagi murid-murid.
Selain itu, seramai 25 orang murid yang mempunyai sifat fizikal dan
ketahanan mental yang lebih tinggi dipilih untuk menyertai aktiviti Big Thrill yang mempunyai ketinggian platform 17 meter dari tanah. Aktiviti
ini bermula daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dengan 27 cabaran
seperti Crazy Zig-Zag, Sky-crawl, The
Earthquake, Happy Hopper dan
akhir sekali mengharungi 100 meter Wild
Revenge di platform terakhir. Kesemua aktiviti ini sangat mencabar
kekuatan fizikal dan mental murid-murid yang menyertainya.
Guru-guru juga turut berada di setiap platform Big Thrill untuk membantu murid-murid. Semua aktiviti ini makan
masa hampir 4 jam.
Sementara menunggu giliran, murid-murid dibawa melawat sekeliling taman
pertanian.
Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda,
Setiausaha Program.
Ribuan terima kasih 😀
ReplyDelete