... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Friday, May 17, 2013

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Shah Alam(aktiviti skytrex)


Tarikh: 15 Mei 2013

 
Unit Uniform Kokurikulum SK Taman Putra Perdana telah mengadakan lawatan ke Taman Pertanian Shah Alam pada 15 Mei 2015.  Aktiviti ini disertai oleh 90 orang murid dengan 8 orang pengiring.

 
Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti di luar bilik darjah, merapatkan hubungan antara guru dengan murid, dan menanam sikap berdikari, keberanian, dan bijak mengurus masa dalam kalangan murid.

 
Murid-murd yang mengikuti lawatan ini terdiri daripada jawatankuasa unit kokurikulum daripada tahun 3, tahun 4, tahun 5, dan tahun 6 SK Taman Putra Perdana. Penyertaan juga dibuka kepada murid-murid yang berminat.

Guru-guru yang mengiringi murid pula ialah:
a)      Pn Mazzaini bt Muda
b)      En Tarmiji b Sabali
c)       En Mahadir b Midun
d)      En Jamilluail b Junit
e)      En Zawadi
f)       Pn Norasmawi bt Omar
g)      Pn Suriyana bt Nayan


          
 
 
Tumpuan utama lawatan ke Taman Pertanian Shah Alam adalah adalah untuk mencuba aktiviti skytrex Little Adventure dan Big Thrill. Aktiviti Little Adventure mempunyai 23 cabaran dengan ketinggian platform 3-5 meter dari tanah. Murid-murid mencuba aktiviti daripada yang mudah kepada yang lebih sukar seperti Rubah Tulang, Terbang Naga, Jungkit Arnab dan banyak lagi. Semua murid perlu melengkapkan Litter Adventure ini dengan melalui Rubah Terbang sepanjang 70 meter melintasi dua buah tasik di bawahnya.  Aktiviti ini membina nilai yakin diri dan keberanian bagi murid-murid.


 
Selain itu, seramai 25 orang murid yang mempunyai sifat fizikal dan ketahanan mental yang lebih tinggi dipilih untuk menyertai aktiviti Big Thrill yang mempunyai ketinggian platform 17 meter dari tanah. Aktiviti ini bermula daripada yang mudah kepada yang lebih sukar dengan 27 cabaran seperti  Crazy Zig-Zag,  Sky-crawl, The Earthquake,  Happy Hopper dan akhir sekali mengharungi 100 meter Wild Revenge di platform terakhir. Kesemua aktiviti ini sangat mencabar kekuatan fizikal dan mental murid-murid yang menyertainya.


 
 
 
 
 


 
 
 
 
Guru-guru juga turut berada di setiap platform Big Thrill untuk membantu murid-murid. Semua aktiviti ini makan masa hampir 4 jam.

 
Sementara menunggu giliran, murid-murid dibawa melawat sekeliling taman pertanian.

 
Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda,
Setiausaha Program.

 

1 comment: