Pages

Saturday, August 31, 2013

SESI PEMILIHAN BOLA SEPAK KATMO BAWAH 11 TAHUN

Tarikh : 29 Ogos 2013
Masa : 4.00 petang hingga 6.00 petang
Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana

Latihan pemilihan bola sepak bagi Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Bawah 11 tahun telah diterajui oleh Cikgu Ahmad Musrizuan bin Daud. Ramai murid yang hadir dalam sesi pemilihan  tersebut. Sesi latihan akan dijalankan setelah pemilihan dibuat oleh guru-guru yang terlibat.









Disediakan oleh:
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Setiausaha Sukan
SKTPP

LATIHAN TUNAS MINI OLIMPIK (BOLA SEPAK) BAWAH 10 TAHUN

Tarikh : 31 Ogos 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Padang SK Taman Putra Perdana

Seramai 10 orang murid telah menjalani latihan bola sepak bagi Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) Bawah 10 tahun. Sesi latihan ini diseliakan oleh Cikgu Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim. Murid yang terpilih terdiri daripada murid Tahun 3 (sesi petang). Pemilihan murid tahun 3 ini adalah sebagai pendedahan awal dalam permainan bola sepak tunas mini pada masa akan datang. Berikut ialah jadual latihan bola sepak tunas mini Bawah 10 tahun.

8 September 2013 (Ahad) , jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
14 September 2013 (Sabtu),  jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
15 September 2013 (Ahad), jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
21 September 2013 (Sabtu), jam 4.00 petang hingga 6.00 petang
22 September 2013 (Ahad), jam 4.00 petang hingga 6.00 petang
*** Masa latihan tertakluk pada perubahan.Guru akan memaklumkan lebih awal sekiranya ada perubahan tarikh dan masa latihan.

Karnival Tunas Mini Olimpik (Bawah 10 tahun) bagi permainan bola sepak ini akan berlangsung pada 24 September 2013 (Selasa).

Gambar-gambar semasa sesi latihan.

Driblling Skills



Satu lawan satu


Mengawal bola menggunakan bahagian dalam kaki

Feel the Ball
Tendangan bola bergerak

Menggelecek melepasi lawan  





KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK (KATMO)

Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) akan diadakan pada bulan September 2013. Beberapa acara sukan terpilih disenaraikan sebagai acara yang bakal disertai oleh murid SK Taman Putra Perdana. Guru- guru sudah pun memulakan pencarian bakat-bakat baru murid di dalam bidang sukan ini.Diharap murid yang terpilih dapat melakukan yang terbaik demi kecemerlangan sukan sekolah. Berikut ialah jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

JADUAL KEJOHANAN KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK 2013

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK (BAWAH 10 TAHUN)
BIL.
PERMAINAN
BIL.MURID
GURU TERLIBAT
TARIKH KEJOHANAN
TEMPAT
CATATAN
         1. 

OLAHRAGA

1 (L )
1 (P)
(4)
SHAHRIZAL YA’AM
JAMILAH MAT YUSOFF
NIK ROSMALIZA



19 SEPT 2013
(KHAMIS)


USIM, NILAI

       2.   

BOLA SEPAK

9 (L)
(2)
W. M. ROSWANDY
ARJUNAWATI
NORIZMI


24 SEPT 2013
(SELASA)

SK METHODIST

       3.  

BOLA JARING

8 (P)
(2)
SURIYANA SALIM
ZAILEZAH SARDI


24-25 SEPT 2013
(SELASA+RABU)


SK KLIA

       4. 

TIMANG-TIMANG TAKRAW

10 (L)
(4)
ISMARIZAL ISMAIL
MAHADIR MIDUN




25 SEPT 2013
(RABU)

SK DENGKIL



KATMO 2013
JADUAL KEJOHANAN KARNIVAL TUNAS MINI ( BAWAH 11)

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK (BAWAH 11 TAHUN)
BIL.
PERMAINAN
BIL.MURID
GURU TERLIBAT
TARIKH KEJOHANAN
TEMPAT
CATATAN
            1. 

HOKI

9 (L )
9 (P)
(4)
HAZIM HARUN
PAZLI ZAWAWI
NAZAHIYAH



12 SEPT 2013
(KHAMIS)


SK METHODIST

       2.   

BOLA SEPAK

12 (L)
(2)
AHMAD MUSRIZUAN
TARMIJI SABALI

18 SEPT 2013
(RABU)

SK METHODIST

      3.   

SOFBOL

12 (L)

(2)
JAMILULLAIL JUNIT
NIK ROSMALIZA


17 SEPT 2013
(SELASA)

SK SALAK




Semoga karnival ini berjalan dengan lancar. Jadual latihan dan senarai nama murid yang menyertai karnival ini akan menyusul setelah mendapat pengesahan dari guru-guru yang terlibat. Pihak sekolah juga berharap agar karnival ini mendapat sokongan padu dari para ibu bapa. Sekian.


Disediakan oleh:
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Setiausaha Sukan
SKTPP



SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2013

Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana bakal berlangsung tidak lama lagi. Berikut disertakan jadual latihan sukan dan pelaksanaan kejohanan untuk makluman bersama.

 PELAKSANAAN KEJOHANAN
1. Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah dicadangkan seperti berikut:
            Tarikh             : 28 September 2013, Sabtu (Sukaneka), dan
                                      29 September 2013, Ahad (Sukan Tahunan)
            Masa              : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
            Tempat           : Padang SK Taman Putra Perdana

2. Berikut ialah acara-acara yang dipertandingkan:

2.1  Sukaneka (28 September 2013, Sabtu)
·         Tahun 1 (2 acara) – 10 orang wakil setiap rumah sukan
·         Tahun 2 (2 acara) – 10 orang wakil setiap rumah sukan
·         Tahun 3 (2 acara) – 10 orang wakil setiap rumah sukan

2.2 Sukan Tahunan (29 September 2013, Ahad)
·         Tahun 1,2,dan 3 – 50m dan 4x50m
·         Tahun 4,5, dan 6 – 100m, 200m, 4x100m, 4x200m,
                               Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru
·         Acara Tarik Tali – Murid, Guru dan Staf

2.3 Saringan
·         Saringan 1 – Acara Lontar Peluru & Lompat Jauh (Akhir)
·         Saringan 2 – Acara Lompat Tinggi (Akhir)




3. Rangkuman tarikh-tarikh penting kejohanan

TARIKH/
HARI
MASA
RUMAH SUKAN
CATATAN
TINDAKAN
16.9.2013
ISNIN
CUTI UMUM
17.9.2013
SELASA
4.00 -6.00 PETANG
(TAHAP 2)

4.40-6.40 PETANG
(TAHAP 1)
KUNING
*TAHAP 2
BAGI MURID YANG TERPILIH SAHAJA DALAM LATIHAN SEBELUM INI

*TAHAP 1 – SEMUA MURID
LATIHANPEMILIHAN ACARA 50 +4X50


SEMUA GURU RUMAH SUKAN / PENYELARAS
18.9.2013
RABU
BIRU
19.9.2013
KHAMIS
MERAH
20.3.2013
JUMAAT
HIJAU + JINGGA

TARIKH/
HARI
MASA
RUMAH SUKAN
CATATAN
TINDAKAN
23.9.2013
ISNIN
4.00-6.00 PETANG
SEMUA RUMAH
-          LATIHAN SEMUA RUMAH TAHAP 2 YANG TERPILIH

24.9.2013
SELASA
4.40-6.40 PETANG
SEMUA RUMAH
-          PEMILIHAN MURID  SUKANEKA
-          TAHAP 1


25.9.2013
RABU
4.40-6.40 PETANG
SEMUA RUMAH
 LATIHAN  SUKANEKA TAHAP 1

26.9.2013
KHAMIS
4.40-6.10 PETANG
SEMUA RUMAH
RAPTAI  PENUH  DAN PERBARISAN PESERTA SUKANEKA


27.3.2013
JUMAAT
4.00-6.00 PETANG
SEMUA RUMAH
RAPTAI
·         MURID TAHAP 2

28.9.2013
SABTU
8.00-1.00 PETANG
SEMUA RUMAH
SUKANEKA + RAPTAI PERBARISAN SUKAN TAHAP 2

29.9.2013
AHAD
8.00- 1.00 PETANG
SEMUA RUMAH     
SUKAN TAHUNAN

30.9.2013
ISNIN
CUTI PERISTIWA
NOTA :
·         TIADA SUKANTARA TAHAP 1 DAN TAHAP 2

·           4. Sasaran Murid
·          Semua murid telah dibahagikan kepada rumah-rumah sukan. Penglibatan semua murid tahun 1 hingga 6 dalam setiap sesi latihan, sesi pemilihan, acara saringan, sukantara, sukaneka dan sukan peringkat akhir. Murid yang layak akan mewakili rumah sukan masing-masing pada hari kejohanan tersebut. Setiap peserta boleh mengambil bahagian dalam dua (2) acara individu dan dua(2) acara berpasukan.


 Bersama-samalah kita menjayakan sukan tahunan sekolah. Majulah sukan untuk negara.


Disediakan oleh:
Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
Setiausaha Sukan 
SKTPP


Chromebook, Pendidikan di Malaysia dan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana





Pada Google I/O, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pengguna tempatan adalah berkenaan dengan nama Malaysia yang disebut ketika pengumuman berkaitan Chromebook dalam pendidikan.


Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana dijangka akan menerima 82 unit buah Chromebook pada hari Isnin ini, 2 September 2013 untuk digunakan sebagai gajet pembelajaran dan pengajaran oleh murid dan guru.  Pihak sekolah sedaya-upaya berusaha untuk memastikan agar setiap murid sama ada daripada aliran perdana mahupun pendidikan khas berpeluang menggunakan teknologi terkini ini.


Pn. Yasmin Mahmood menyerahkan 5 unit Chromebook sumbangan dari YTL Communications
Sejarah penggunaan Chromebook di sekolah ini bermula apabila YTL Communications menghadiahkan 5 unit Chromebook pada 5 Oktober 2012 sewaktu diadakan majlis pelancaran Frog VLE di sekolah ini. Sejak daripada itu, pihak sekolah telah berusaha memperkenalkan gajet ini bukan sahaja kepada guru malah juga kepada ibubapa. Para guru telah didedah dan diberikan latihan sementara komuniti berpeluang mengenali Frog VLE sewaktu pihak sekolah menganjurkan taklimat mengenainya pada 13 Oktober 2012. Pada waktu berlangsungnya Karninal 1BestariNet pada 11 Mei 2013, selain komuniti setempat, sebanyak 21 buah sekolah berdekatan juga berpeluang mengetahui lebih dekat mengenai 1BestariNet, Frog VLE dan Chromebook.



Timbunan Chromebook yang digunakan sewaktu kernival 1BestariNet
Chromebook merupakan sebuah gajet yang kelihatan sama seperti komputer riba (laptop) namun hakikatnya terdapat perbezaan yang besar antara kedua-duanya. Chromebook tidak mempunyai cakera keras dan ini menjadikannya tiada sebarang installation perisian dan simpanan fail boleh dilakukan ke atasnya. 
Rupa fizikal Chromebook dan MacBook Air

Kedua-duanya kelihatan serupa namun Chromebook tiada cakera keras


Chromebook dilengkapi Google Chrome OS


Chromebook menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan Google Chrome Browser sebagai pelayar webnya. Kedua-duanya dibangunkan dengan menggunakan sistem terbuka (Open Source). Google Chrome OS dihasilkan menjurus ke arah ciri-ciri pantas, mudah dan selamat. Sementara pelayar web Google Chrome Browser pula dibina untuk menghasilkan pelayar yang selamat, pantas dan stabil. Chromebook dilengkapi dengan sambungan USB. Ini membolehkan storan luar seperti external hard disk, thumb drive, card reader dan sebagainya boleh disambung ke Chromebook.


Pada masa ini Chromebook boleh disambungkan ke internet (rangkaian) dengan menggunakan kabel (RJ45), teknologi tanpa wayar 4G dan juga WiFi. Sambungan internet amat penting bagi Chromebook memandangkan tanpa capaian internet maka storan di awan tidak dapat dicapai. Banayak syarikat menyediakan storan di awan secara percuma seperti Skydrive, Slideshare, Scribd, dan Dropbox. Goggle juga menyediakan storan di awan yang dikenali sebagai Google Drive. Setiap pemilik akaun gmail akan diberi ruang simpanan (storan) percuma sebanyak 15 Gb. Selain itu, ia juga menyediakan perisian dalam talian (online) pejabat percuma yang dinamakan sebagai Google Apps. Di antara aplikasi Goole Apps ialah Document (seperti Word pada Microsoft Office), Presentation (Powerpoint), Worksheet (Excel) dan Drawing (Paint). Selain daripada aplikasi asas ini, terdapat beribu-ribu aplikasi dalam talian percuma lain yang boleh dipasang dalam Google Drive ini seperti Floorplanner dan Fusion

Jika anda 'pening' dalam melayani masalah serangan virus, maka Chromebook adalah satu alternatif terbaik untuk melupakan masalah tersebut. 


Jawatan Kuasa ICT sekolah telah siap membuat perancangan untuk mengoptimumkan penggunaan Chromebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. JKICT merancang untuk melengkapi dua makmal komputer dengan chromebook dan ini akan memberi peluang kepada murid menggunakannya  dengan nisbah 1:1 berbanding pada masa ini nisbah murid kepada komputer ialah 2:1. Diharap dengan peluang yang diberi ini akan dapat meningkatkan kemahiran kepada murid di samping merealisasikan hasrat PIPP untuk mendemokrasikan pendidikan.


Semoga dengan kehadiran Chromebook ini akan merancakkan lagi aktiviti-aktiviti berkaitan ICT sekolah dalam usaha membina generasi yang mampu bersaing dalam abad ke-21 selari dengan anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.


- Tulisan ini berdasarkan pengetahuan dan pandangan penulis semata-mata.  Sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan, penulis meminta maaf.