Saturday, May 11, 2013

KARNIVAL 1BESTARINET VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT


Pada Sabtu, 11 Mei 2013, telah berlangsungnya Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Karnival ini telah berlangsung selama 6 jam bermula 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ini merupakan satu kempen pendedahan kepada semua warga pendidik, pelajar serta ibu bapa mengenai projek 1BestariNet. Objektif utama program ini seperti berikut :

1.  Meningkatkan kesedaran projek 1BestariNet
2.  Meningkatkan penggunaan Frog VLE dalam kalangan warga sekolah guru antara pelajar serta penglibatan ibu-bapa
3.  Kemudahan 1BestariNet (VLE, Highspeed Internet dan pembelajaran kini di mana-mana sahaja)

Karnival 1BestariNet ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama bermula pukul 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi untuk 22 sekolah yang terlibat. Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Hajah Foziah binti Buang. Beliau merupakan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, JPNS.  Peserta diberi penerangan dalam 3 slot yang berbeza yang disampaikan oleh wakil Frogasia, Google dan YTLC.

Sekolah-sekolah yang terlibat pada Karnival 1BestariNet ialah:
  1. BBD9455   SJK(T) DENGKIL
  2. BBC9402   SJK(C) DENGKIL
  3. BBD9457   SJK(T) TAMAN PERMATA
  4. BEB9701   SMK DENGKIL
  5. BHA9001   SM VOKASIONAL SEPANG
  6. BFT9001   SAM SG MERAB LUAR SEPANG
  7. BEA9607   SMK SERI PUTERI (SMBP)
  8. BEA9609   SMK CYBERJAYA
  9. BEA9611   SMK PUTRA PERDANA
  10. BBC9404   SJK(C) SIN MING
  11. BBD9461   SJK(T) LDG WEST COUNTRY 'BARAT'
  12. BBA9214   SK PULAU MERANTI
  13. BBA9228   SK TAMAN PUTRA PERDANA 2
  14. BBA9226   SK CYBERJAYA
  15. BBA9213   SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA
  16. BBA9211   SK SG MERAB LUAR
  17. BBA9212   SK DESA PUTRA
  18. BBA9210   SK DENGKIL
  19. BBA9209   SK JENDERAM HILIR
  20. BBA9216   SK BKT TAMPOI (ASLI)
  21. BBA9208   SK JENDERAM
  22. BBA9224   SK TAMAN PUTRA PERDANA

Bahagian kedua bermula pukul 11.00 hingga 2.00 petang dihadiri daripada ibu bapa dan murid. Ibu bapa dan murid yang hadir akan membuat pendaftaran dan  beredar ke tapak pameran untuk melihat dan menyertai aktiviti yang telah disediakan. Pelbagai aktiviti yang interaktif disediakan di booth.  YTL juga memberi kredit kepada Yes Akaun yang berharga RM50 dan RM20.

Persiapan dewan dilakukan

Chromebook yang digunakan sepanjang karnival berlangsung

Banner dipasang di sekeliling Dewan Perdana

Pendaftaran guru

Peserta mula memenuhi dewan

Penunjuk arah 
Mereka yang terlibat
Pn. Habsah memastikan majlis berjalan lancar

Ucapan Perasmi Pn. Hajah Foziah binti Buang
Hands On di booth yang disediakan
Penerangan yang diberikan  oleh  Frogasia
Pn Elizabeth memberi penerangan kepada peserta


1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete