Friday, October 19, 2012

Latihan Chromebook

Chromebook merupakan komputer yang menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasiannya dan tertumpu sekitar pelayar web Google Chrome. Ia masih asing dan masih belum terdapat di pasaran di negara kita.

Sekolah amat bertuah apabila YTL Communications menyumbangkan lima buah Chromebook sewaktu majlis Pelancaran Frog VLE 5 Oktober lalu. Sebagai langkah untuk memperkenal dan memahirkan guru dan staf sekolah menggunakannya, pada hari ini 19.10.2012 (Jumaat) daripada jam 8 hingga 10 pagi telah berlangsung latihan penggunaan Chromebook.  Latihan telah diberikan oleh wakil YTL iaitu En. Mong Xeng Khan.


Latihan diberikan oleh En. Mong dari YTL Communications

Frog Coordinator sekolah Pn. Norinna sedang memeriksa port yang terdapat pada Chromebook bersama dengan Pn. Nor-Azura

Guru Penyelaras ICT sekolah Cik Azlinda dan Guru Frog Pn. Rashidah turut hadir

Chromebook jenama Samsung yang disumbangkan kepada sekolah

En. Mong sedang menunjukkan sesuatu kepada Pn. Diana, Pn. Mala dan Pn. Grace

Tunjuk ajar cara untuk Cloud Printer

En. Mong sedang cuba memasang aplikasi

Guru Besar turut hadir untuk belajar sama

Chromebook dijangka bakal menjadi satu gajet yang rapat dengan dunia pendidikan negara apabila ia menjadi alat yang sangat serasi dengan Frog VLE.  Sebagaimana yang kita ketahui, Frog VLE merupakan satu aplikasi yang sedang dan akan digunakan oleh semua 10 ribu buah sekolah.  Ini bermakna Chromebook berkemungkinan besar akan menggantikan komputer peribadi (PC).

Pada masa ini hanya dua syarikat yang mengeluarkan Chromebook iaitu Samsung dan Acer.  Ia tidak mempunyai cakera keras memandangkan ia direka khusus untuk teknologi cloud computing. Untuk menghidupkannya adalah pantas berbanding dengan PC iaitu hanya mengambil masa kira-kira 8 saat.  Tidak seperti komputer biasa, di sini tidak perlu memasang perisian seperi Office pada Chromebook ini.  Apa yang perlu dibuat ialah memasang Google Apps pada pelayar Chrome kita yang boleh diperolehi daripada Chrome Web Store.

No comments:

Post a Comment