Tarikh
: 6 Januari 2014
Hari
: IsninMasa : 7.30 pagi - 8.15 pagi
Guru bertugas:
1) En. Srimahathevan Vadivelu
2) Pn. Zaleha Bt Ramdan Mohamed
3) Pn. A'ishah Bt Mohamad Nor
4) Pn. Juli Bt Mahbah
5) Pn. Norhanawati Alinda Bt Abd Taib Puruji
6) Pn. Norhana Bt Nordin
7) Pn. Rozaitul Ikhma Bt Ab Razak
8) Pn. Norasmawati Bt Omar
LAPORAN
1.0
NYANYIAN, BACAAN DOA, DAN IKRAR
1.1
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah
dipimpin oleh Guru Muzik
Pn. Astina Bt. Mahad Nor
1.2
Bacaan doa oleh pengawas iaitu Muhamad Syahrizal dari kelas 6 Seraya
1.3
Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Zaleha Bt Ramdan
Mohamed
1.4
Ikrar Murid disampaikan oleh Aniq Iqbal pengawas
dari kelas 6 Seraya
1.5 Pasukan Pengakap Sekolah bertugas bagi sesi menaikkan bendera.Murid-murid sedang melafaz ikrar |
2.0
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN. ASTINA BT. MAHAD NOR)
2.1 Murid yang datang awal ke sekolah diharap menggunakan pintu pagar B untuk mengelakkan
kesesakan di pintu pagar utama sekolah.
2.2 Bagi murid yang datang ke sekolah dengan basikal hendaklah menjaga keselamatan dan ikut
peraturan semasa berbasikal di kawasan sekolah.
2.3 Di samping itu, basikal murid juga perlu dikunci apabila diparkir di sekolah.
2.4 Semua murid perlu patuh tentang peraturan menggunakan tangga sekolah yang telah ditetapkan.
2.5 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas sebelum sesi P&P bermula dan perlu
beratur di tapak perhimpunan.
2.6 Sewaktu beratur di tapak perhimpunan, murid perlu berdiri dengan tegak dan tangan genggam
di sisi.
Laporan Guru Bertugas |
3.0
PERKATAAN LAWAD
3.1 Bahasa Melayu : Berbaur - Bercampur, Beraduk
3.2 Bahasa Inggeris : Sprinkle - Tabur
3.3 Bahasa Arab : Hafilatun - Bas
4.0
UCAPAN GURU BERTUGAS (PN. ZALEHA BT. RAMDAN MOHAMED)
Tema
: Suai Kenal Sekolah
4.1 Murid perlu kenal semua bangunan yang ada di sekolah seperti kantin, pejabat, dewan dan
lain-lain tempat.
4.2 Semua murid tertakluk kepada peraturan sekolah.
4.3 Apabila berada di kawasan sekolah mestilah menjaga kebersihan sekitar.
4.4 Murid hendaklah menerapkan nilai cintakan sekolah.
4.5 Murid-murid perlu kenal semua guru di sekolah.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ini |
5.0
PENGUMUMAN - TAKLIMAT DISIPLIN ( PN. PARIMALA )
5.1 Semua maklumat tentang peraturan sekolah yang diumum sewaktu perhimpunan perlu dicatat
dalam buku nota.
5.2 Pastikan murid berpakaian lengkap dan kemas semasa ke sekolah.
5.3 Murid lelaki perlu berambut kemas dan dipotong manakala murid perempuan pula diikat rapi.
5.4 Semua murid mesti memakai lencana sekolah dan dijahit seperti yang telah ditentukan dalam
buku peraturan sekolah.
6.0 UCAPAN PENOLONG KANAN (PN. SITI HABSAH BT. AHMAD)
6.1 Sewaktu perhimpunan, semua murid wajib bersedia
dengan buku catatan.
6.2 Murid hendaklah mencatat semua maklumat yang
disampaikan semasa perhimpunan dalam buku
catatan.
6.3 Jabatan Pelajaran Selangor meminta semua murid dan
guru membuat sumbangan untuk tujuan
pembinaan surau di Shah Alam.
6.4 Semua ketua kelas hendaklah mengambil buku kawalan
kelas di pejabat sebelum waktu P&P
bermula.
6.5 Semua murid dilarang sama sekali untuk bermain atau
berlegar di dataran perhimpunan. Murid
hanya perlu menggunakan kaki lima bangunan untuk
bergerak di kawasan sekolah.
No comments:
Post a Comment