... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 6, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-2 2014 (SESI PAGI)

Tarikh : 6 Januari 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.30 pagi - 8.15 pagi



Guru bertugas:


1) En. Srimahathevan Vadivelu
2) Pn. Zaleha Bt Ramdan Mohamed
3) Pn. A'ishah Bt Mohamad Nor
4) Pn. Juli Bt Mahbah
5) Pn. Norhanawati Alinda Bt Abd Taib Puruji
6) Pn. Norhana Bt Nordin
7) Pn. Rozaitul Ikhma Bt Ab Razak
8) Pn. Norasmawati Bt Omar


LAPORAN

1.0 NYANYIAN, BACAAN DOA, DAN IKRAR

1.1     Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah dipimpin oleh Guru Muzik 
          Pn. Astina Bt. Mahad Nor
1.2     Bacaan doa oleh pengawas iaitu Muhamad Syahrizal dari kelas 6 Seraya      
1.3     Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya disampaikan oleh Pn. Zaleha Bt Ramdan 
          Mohamed
1.4    Ikrar Murid disampaikan oleh Aniq Iqbal pengawas dari kelas 6 Seraya
1.5    Pasukan Pengakap Sekolah bertugas bagi sesi menaikkan bendera.


Murid-murid sedang melafaz ikrar


2.0 LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS (PN. ASTINA BT. MAHAD NOR)

2.1   Murid yang datang awal ke sekolah diharap menggunakan pintu pagar B untuk mengelakkan 
        kesesakan di pintu pagar utama sekolah.
2.2   Bagi murid yang datang ke sekolah dengan basikal hendaklah menjaga keselamatan dan ikut 
        peraturan semasa berbasikal di kawasan sekolah.
2.3   Di samping itu, basikal murid juga perlu dikunci apabila diparkir di sekolah.
2.4   Semua murid perlu patuh tentang peraturan menggunakan tangga sekolah yang telah ditetapkan.
2.5   Semua murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas sebelum sesi P&P bermula dan perlu 
        beratur di tapak perhimpunan.
2.6   Sewaktu beratur di tapak perhimpunan, murid perlu berdiri dengan tegak dan tangan genggam
        di sisi.

Laporan Guru Bertugas


3.0 PERKATAAN LAWAD

3.1   Bahasa Melayu : Berbaur - Bercampur, Beraduk
3.2   Bahasa Inggeris : Sprinkle - Tabur
3.3   Bahasa Arab : Hafilatun - Bas

4.0 UCAPAN GURU BERTUGAS (PN. ZALEHA BT. RAMDAN MOHAMED)

Tema : Suai Kenal Sekolah

4.1  Murid perlu kenal semua bangunan yang ada di sekolah seperti kantin, pejabat, dewan dan 
       lain-lain tempat.
4.2  Semua murid tertakluk kepada peraturan sekolah.
4.3  Apabila berada di kawasan sekolah mestilah menjaga kebersihan sekitar. 
4.4  Murid hendaklah menerapkan nilai cintakan sekolah.
4.5  Murid-murid perlu kenal semua guru di sekolah.

Barisan Guru Bertugas Minggu Ini


5.0 PENGUMUMAN - TAKLIMAT DISIPLIN ( PN. PARIMALA )

5.1  Semua maklumat tentang peraturan sekolah yang diumum sewaktu perhimpunan perlu dicatat
       dalam buku nota.
5.2  Pastikan murid berpakaian lengkap dan kemas semasa ke sekolah.
5.3  Murid lelaki perlu berambut kemas dan dipotong manakala murid perempuan pula diikat rapi.
5.4  Semua murid mesti memakai lencana sekolah dan dijahit seperti yang telah ditentukan dalam
       buku peraturan sekolah.

6.0 UCAPAN PENOLONG KANAN (PN. SITI HABSAH BT. AHMAD)

6.1  Sewaktu perhimpunan, semua murid wajib bersedia dengan buku catatan.
6.2  Murid hendaklah mencatat semua maklumat yang disampaikan semasa perhimpunan dalam buku
      catatan.
6.3  Jabatan Pelajaran Selangor meminta semua murid dan guru membuat sumbangan untuk tujuan 
      pembinaan surau di Shah Alam.
6.4  Semua ketua kelas hendaklah mengambil buku kawalan kelas di pejabat sebelum waktu P&P 
       bermula.
6.5  Semua murid dilarang sama sekali untuk bermain atau berlegar di dataran perhimpunan. Murid 
       hanya perlu menggunakan kaki lima bangunan untuk bergerak di kawasan sekolah. 


Ucapan Penolong Kanan (Pn. Habsah)



Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment