Pages

Wednesday, January 15, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH MINGGU KETIGA (SESI PETANG)

Hari : Isnin

Tarikh : 13 Januari 2014
Masa : 6.10 petang hingga 6.40 petang.
Guru Bertugas :

1.         Puan  Nor Suriati binti Ismail.
2.         Puan Salmi binti Amir.
3.         Puan Azura Farina binti Abdullah.
4.         Puan Zalina binti Ismail.
5.         Puan Nor Maziah binti Malek.
6.         Puan Zabedah binti Othman

Laporan

1.       Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

·           Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir.
·           Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
·       Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Salmi binti Amir. 
·           Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas Sekolah.

 2.     Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan Julaili binti Onian

·             Murid yang demam tidak perlu datang ke sekolah.
·             Murid tidak dibenarkan berlari di kawasan sekolah.
·      Murid yang datang ke sekolah hendaklah masuk melalui pintu pagar B.
·             Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke Dataran Perhimpunan.
·      Ibubapa yang datang lewat mengambil anak, boleh mengambil anak dipintu pagar A, kerana pintu pagar B telah ditutup pada pukul 7.00  petang.


3.   Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Puan Salmi binti Amir

·             Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini.

4.   Ucapan Guru Disiplin (Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji)

·            Murid mestilah memakai pakaian sekolah yang lengkap.
·            Rambut murid lelaki hendaklah pendek.
·      Bagi murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat. oleh menggunakan klip atau sepit yang berwarna biru tua atau hitam sahaja.
·           Murid dilarang masuk ke tapak perhimpunan.
·     Labelkan nama dan kelas pada kasut dan bekalan makanan dan minuman.
·     Kepada murid belum ada tanda nama dan lencana boleh memesan melalui guru kelas. Minta ibu jahitkan tanda nama dan lencana tersebut.

5.   Ucapan Pembantu Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah binti             Ahmad)

·       Beliau bagi pihak Guru Besar untuk menyampaikan salam kepada semua murid-murid.
·            Guru Besar berpesan lencana dan tanda nama sekolah hendaklah dijahit pada sebelah kiri di atas poket baju.
·          Guru-guru dan murid-murid tidak digalakkan membeli minuman dan makanan yang berbungkus untuk mengelakkan longgokan sampah dan pencemaran kawasan sekolah.
·   Murid-murid boleh menggunakan komputer yang ada di laluan patriotik untuk mengakses maklumat  yang dibenarkan hanyalah laman blog sekolah dan frog sekolah sahaja.



Disediakan oleh:

Puan Zabedah binti Othman

Gambar-gambar sekitar majlis perhimpunan berlangsung

Bacaan Ikrar oleh pengawas yang bertugas

Bacaan ikrar murid

Ucapan guru bertugas pada minggu lepas, Pn. Julaili Bt. Onian

Ucapan guru bertugas, Pn. Salmi Bt. Amir

Ucapan dan teguran dari Guru Disiplin, Pn. Arnny Yusnita Bt. Md. Enarji

Ucapan Pembantu Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah Bt. Ahmad 

No comments:

Post a Comment