Hari : Isnin
Tarikh : 13 Januari 2014
Masa : 6.10 petang hingga
6.40 petang.
Guru Bertugas :
1. Puan
Nor Suriati binti Ismail.
2. Puan
Salmi binti Amir.
3. Puan
Azura Farina binti Abdullah.
4. Puan
Zalina binti Ismail.
5. Puan
Nor Maziah binti Malek.
6. Puan
Zabedah binti Othman
Laporan
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
· Nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di
bawah pimpinan Puan Salmi binti Amir.
· Bacaan doa oleh pengawas
bertugas.
· Bacaan Ikrar Rukun Negara
dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan
Salmi binti Amir.
· Ikrar Murid oleh Ketua
Pengawas Sekolah.
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Puan
Julaili binti Onian
· Murid yang demam tidak
perlu datang ke sekolah.
· Murid tidak dibenarkan
berlari di kawasan sekolah.
· Murid yang datang ke
sekolah hendaklah masuk melalui pintu pagar
B.
· Murid-murid tidak
dibenarkan masuk ke Dataran Perhimpunan.
· Ibubapa yang datang lewat
mengambil anak, boleh mengambil anak
dipintu pagar A, kerana pintu pagar B telah ditutup pada pukul 7.00 petang.
3. Ucapan
Guru Bertugas Minggu ini oleh Puan Salmi binti Amir
· Memperkenalkan guru
bertugas pada minggu ini.
4. Ucapan
Guru Disiplin (Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji)
· Murid mestilah memakai
pakaian sekolah yang lengkap.
· Rambut murid lelaki
hendaklah pendek.
· Bagi murid perempuan yang
berambut panjang hendaklah diikat. oleh menggunakan klip atau sepit yang berwarna
biru tua atau hitam sahaja.
· Murid dilarang masuk ke
tapak perhimpunan.
· Labelkan nama dan kelas
pada kasut dan bekalan makanan dan minuman.
· Kepada murid belum ada
tanda nama dan lencana boleh memesan
melalui guru kelas. Minta ibu jahitkan tanda nama dan lencana
tersebut.
5. Ucapan
Pembantu Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah binti Ahmad)
· Beliau bagi pihak Guru
Besar untuk menyampaikan salam kepada semua
murid-murid.
· Guru Besar berpesan lencana
dan tanda nama sekolah hendaklah dijahit
pada sebelah kiri di atas poket baju.
· Guru-guru dan murid-murid
tidak digalakkan membeli minuman dan
makanan yang berbungkus untuk mengelakkan longgokan sampah dan pencemaran kawasan sekolah.
· Murid-murid boleh
menggunakan komputer yang ada di laluan patriotik untuk
mengakses maklumat yang dibenarkan hanyalah laman
blog sekolah dan frog sekolah sahaja.
Disediakan oleh:
Puan Zabedah binti Othman
Gambar-gambar sekitar majlis perhimpunan berlangsung
Masa : 6.10 petang hingga 6.40 petang.
Guru Bertugas :
Laporan
Bacaan Ikrar oleh pengawas yang bertugas |
Bacaan ikrar murid |
Ucapan guru bertugas pada minggu lepas, Pn. Julaili Bt. Onian |
Ucapan guru bertugas, Pn. Salmi Bt. Amir |
Ucapan dan teguran dari Guru Disiplin, Pn. Arnny Yusnita Bt. Md. Enarji |
Ucapan Pembantu Penolong Kanan Petang, Pn. Jumilah Bt. Ahmad |
No comments:
Post a Comment