Pages

Tuesday, February 25, 2014

LAPORAN PEPTALK


HARI :  ISNIN
TARIKH :  24 FEBRUARI 2014
TEMPAT :  DEWAN PERDANA
MASA :  8.15 ~ 8.45 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT :
NYATUH & MERANTI
GURU PELAPOR :
ZAILEZAH BT SARDI
PENCERAMAH : PN. NORHAFIZA BT ISMAIL, GURU BIMBINGAN DAN  
                               KAUNSELING SKTPP

TAJUK  :  HORMAT-MENGHORMATI

Dalam kehidupan seharian kita haruslah ada sikap saling hormat-menghormati.

1.        Hormat kepada tuhan
Apabila kita bangun dari tidur kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai satu tanda kita menghormati Allah yang telah memberi kita peluang untuk terus bernafas, masih berpeluang ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan.

2.        Hormat kepada ibu bapa
Kita juga harus menghormati ibu bapa dengan cara memeluk atau mencium serta bertanya khabar setiap hari.

3.        Hormat kepada orang lain
Setiap hari apabila datang ke sekolah orang pertama yang kita temui ialah pengawal keselamatan yang merupakan orang yang lebih tua yang perlu dihormati tanpa mengira apa juga jawatannya. Maka hormatlah orang yang lebih tua dari kita.

4.        Hormat kepada rakan-rakan
Selain itu kita juga menghormati kawan. Salah satu ialah kita jangan memanggil kawan dengan panggilan  yang tidak sesuai dan tidak disukai. Panggilan nama yang buruk itu merupakan satu doa dan akan berbalik pada diri sendiri.  Jika kita hendak kawan menghormati kita maka kita haruslah menghormati kawan kita. Selain itu kita haruslah sentiasa berkongsi cerita bersama kawan agar hubungan sesama kawan bertambah mesra dan kita akan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

5.        Hormat pada diri sendiri
Kita juga harus menghormati pada diri sendiri.  Salah satu cara kita menyayangi diri sendiri ialah jangan melakukan  perkara yang bukan-bukan seperti perkara yang membahayakan diri sendiri.  Oleh itu kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri sebagai salah satu cara kita menghormati diri sendiri.

Untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempunyai sikap hormat-menghormati kepada Allah, ibu bapa,  orang yang lebih tua, rakan dan diri sendiri.

Disediakan oleh Pn Zailezah binti Sardi

No comments:

Post a Comment