HARI : ISNIN
|
TARIKH : 24 FEBRUARI 2014
|
TEMPAT : DEWAN PERDANA
|
MASA : 8.15 ~ 8.45 PAGI
|
KELAS YANG TERLIBAT :
NYATUH & MERANTI
|
GURU PELAPOR :
ZAILEZAH BT SARDI
|
PENCERAMAH : PN. NORHAFIZA BT
ISMAIL, GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING SKTPP
|
|
TAJUK : HORMAT-MENGHORMATI
Dalam kehidupan seharian kita haruslah
ada sikap saling hormat-menghormati.
1.
Hormat kepada tuhan
Apabila kita
bangun dari tidur kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai satu tanda kita
menghormati Allah yang telah memberi kita peluang untuk terus bernafas, masih
berpeluang ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan.
2.
Hormat kepada ibu bapa
Kita juga harus
menghormati ibu bapa dengan cara memeluk atau mencium serta bertanya khabar
setiap hari.
3.
Hormat kepada orang lain
Setiap hari
apabila datang ke sekolah orang pertama yang kita temui ialah pengawal
keselamatan yang merupakan orang yang lebih tua yang perlu dihormati tanpa
mengira apa juga jawatannya. Maka hormatlah orang yang lebih tua dari kita.
4.
Hormat kepada rakan-rakan
Selain itu kita
juga menghormati kawan. Salah satu ialah kita jangan memanggil kawan dengan
panggilan yang tidak sesuai dan tidak
disukai. Panggilan nama yang buruk itu merupakan satu doa dan akan berbalik
pada diri sendiri. Jika kita hendak
kawan menghormati kita maka kita haruslah menghormati kawan kita. Selain itu
kita haruslah sentiasa berkongsi cerita bersama kawan agar hubungan sesama
kawan bertambah mesra dan kita akan saling hormat menghormati antara satu
sama lain.
5.
Hormat pada diri sendiri
Kita juga harus
menghormati pada diri sendiri. Salah
satu cara kita menyayangi diri sendiri ialah jangan melakukan perkara yang bukan-bukan seperti perkara
yang membahayakan diri sendiri. Oleh
itu kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri sebagai salah
satu cara kita menghormati diri sendiri.
Untuk mendapat
keberkatan dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempunyai sikap
hormat-menghormati kepada Allah, ibu bapa,
orang yang lebih tua, rakan dan diri sendiri.
Disediakan oleh Pn Zailezah binti Sardi
|
Tuesday, February 25, 2014
LAPORAN PEPTALK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment