Tarikh: 17 Mac 2014
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Perasmi: Pn. Rohaidah Bt. Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)
Penyelaras:
- Pn. Siti Rabiaah bt Mohammad(Pagi)
- Pn Julaili bt Onian (Petang)
Pelaksanaan program
NILAM yang dianjurkan oleh pusat sumber SKTPP adalah untuk
membina tabiat
membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar
yang berilmu dan berketrampilan.
LATAR BELAKANG
Program NILAM adalah
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar yang mencapai tahap yang
tertentu. Program NILAM adalah satu aktiviti
galakan membaca yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi
memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya dan rakyat
Malaysia amnya.
Terdapat beberapa
kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca di
kalangan rakyat Malaysia masih rendah.
Kajian mengenai tabiat membawa yang dijalankan oleh Perpustakaan Negeri
Malaysia pada tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan
adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi
negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca hanya mencapai 87%
sahaja. Kajian juga mendapati rakyat
Malaysia membaca dua buah buku setahun.
Data tahun 2006 pula
menunjukkan sebanyak 84.43% murid-murid di Malaysia melibatkan diri dalam
Program NILAM. Purata buku yang dibaca
oleh pelajar yang terlibat dalam program NILAM ialah 4 buah buku setahun.
OBJEKTIF
PROGRAM
Objektif program adalah seperti yang berikut:
- Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid SKTPP sekaligus memberi kesedaran berterusan.
- Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat sumber atau di luar pusat sumber sekolah.
- Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca.
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
- Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
- Melahirkan pelajar yang cintakan bahan bacaan dan sebagai satu budaya.
Paparan gambar sepanjang perasmian berlangsung.
No comments:
Post a Comment