... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, March 18, 2014

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH 2014 - SESI PAGI

Hari: Isnin
Tarikh: 17 Mac 2014
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Perasmi: Pn. Rohaidah Bt. Mohd Ali (Guru Besar SKTPP)
Penyelaras: 
- Pn. Siti Rabiaah bt Mohammad(Pagi)
- Pn Julaili bt Onian (Petang)

Pelaksanaan program NILAM yang dianjurkan oleh pusat sumber SKTPP adalah untuk
membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar-pelajar bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan.

LATAR BELAKANG

Program NILAM adalah merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca dengan memberi pengiktirafan yang sesuai kepada pelajar yang mencapai tahap yang tertentu.  Program NILAM adalah satu aktiviti galakan membaca yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini.  Kajian tersebut mendapati taraf membaca di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.  Kajian mengenai tabiat membawa yang dijalankan oleh Perpustakaan Negeri Malaysia pada tahun 1996 (melalui Frank Small & Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca hanya mencapai 87% sahaja.  Kajian juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

Data tahun 2006 pula menunjukkan sebanyak 84.43% murid-murid di Malaysia melibatkan diri dalam Program NILAM.  Purata buku yang dibaca oleh pelajar yang terlibat dalam program NILAM ialah 4 buah buku setahun.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif program adalah seperti yang berikut:
  1. Memupuk budaya membaca dalam kalangan murid SKTPP sekaligus memberi kesedaran  berterusan.
  2. Meningkatkan masa membaca yang berfaedah dalam kalangan pelajar sama ada di pusat sumber atau di luar pusat sumber sekolah. 
  3. Melahirkan apresiasi terhadap sesuatu karya sihat yang dibaca.
  4. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  5. Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan,  mempunyai sifat kepimpinan,  berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
  6. Melahirkan pelajar yang cintakan bahan bacaan dan sebagai satu budaya.

Paparan gambar sepanjang perasmian berlangsung.










No comments:

Post a Comment