Pages

Monday, July 7, 2014

Laporan Perhimpunan Mingguan ke-25 (Sesi Petang)

Tarikh    :   7 Julai 2014
Masa     :   1.20 - 1.50 petang
Tempat  :   Dewan Perdana, SKTPP

Guru Bertugas
  1. Pn. Yani binti Mohamad Sharif
  2. Pn. Nur Malisha binti Omar
  3. Pn. Wan Sarinah binti Wan Ibrahim
  4. Pn. Norazah binti Mohd Ali
  5. Pn. Maizara binti Mahat
  6. Pn. Ummu Athiah binti Hashim
  7. En. Saifullah bin Mat Saupi
Dari kiri Pn. Nur Malisha, Pn. Yani, Pn. Maizara, Pn. Norazah dan En. Saifullah.

Laporan, ulasan, nyanyian, bacaan doa dan ikrar
a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
b) Bacaan doa diketuai oleh Najwan Danish Danial (2 Anestesiologi)
c) Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Puan Nur Malisha bt Omar.
d) Ikrar Murid oleh Hurin Batrisyia Amani bt Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini.

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fadilah bt Talib

1. Sikap murid yang sering bermain di waktu rehat.  Dinasihatkan agar semua murid Islam berada di                 Dewan Perdana bagi mendengar tazkirah yang diberikan oleh guru yang telah ditugaskan.

2. Murid yang sakit dari rumah tidak perlu hadir ke sekolah.
3. Bagi murid Moral hendaklah makan di kantin pada waktu rehat dan tidak dibenarkan merayau di                   sekeliling kawasan sekolah.

Penyampaian hadiah keceriaan kelas

Tahun 1     Tempat 1 -  1 Bonang
                              2 -  1 Seruling
                              3 -  1 Nafiri

Tahun 2     Tempat 1 -  2 Surgeri
                              2 -  2 Respiratori
                              3 -  2 Kardiologi

Tahun 3     Tempat 1 -  3 Uranus
                              2  - 3 Utarid
                              3  - 3 Zuhrah
Penyampaian hadiah keceriaan kelas oleh Puan Azizah binti Mokhlas (Penolong Kanan Kokurikulum).

Ucapan guru bertugas oleh Puan Nur Malisha binti Omar

a)  Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b)  Menasihati semua murid agar berjumpa dengan guru bertugas sekiranya mempunyai masalah kesihatan          dan lain-lain.
c)  Beliau menyentuh mengenai tema pada minggu ini iaitu: "Jimatkan Penggunaan Elektrik".
d)  Semua murid hendaklah memastikan suis kipas dan lampu ditutup sebelum keluar dari kelas atau bilik            khas samada untuk keluar rehat ataupun pulang ke rumah.
e)  Perkataan LAWAD:
  • Bahasa Malaysia - Asah (Gosok)
  • Bahasa Inggeris - Homework (Kerja rumah)
  • Bahasa Arab - Syaukatun (Garfu)
Pelancaran Program Tautan Ilmu dan Anakku Sayang

a)  Penerangan dibuat oleh Puan Azura Farina binti Abdullah. 
b)  Program Tautan Ilmu ini merupakan program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah       Sepang yang bertujuan memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan semua murid menguasai 3M di sekolah rendah.
c)  Program Anakku Sayang pula adalah satu program LINUS 2.0, 2014 yang bersamaan dengan konsep mentor mentee @ anak angkat.  Setiap murid Linus akan diserahkan kepada guru-guru yang terlibat bertujuan mengajar seterusnya mengeluarkan mereka dari senarai murid Linus.
d)  Pelancaran dilaksanakan oleh Puan Azizah binti Mokhlas; Penolong Kanan Kokurikulum.


 

Promosi Pertandingan Mencipta Logo PPDa oleh Puan Wan Sarinah binti Wan Ibrahim
·         Logo bersaiz kertas lukisan bertemakan ‘KAMI BENCI DADAH’
·         Terbuka kepada semua murid SKTPP
·         Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga
·         Pertandingan bermula 7 Julai 2014
·         Masa pertandingan (1 minggu)
·         Penghantaran poster bermula 11 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

·         Yuran RM2.00 untuk setiap penyertaan.

Perhimpunan tamat pada jam 1.50 petang

No comments:

Post a Comment