Pages

Friday, July 11, 2014

"Program Sehari Selembar Benang"

SASARAN: MURID-MURID TAHUN 6 SKTPP
MASA: 7.00- 7.30 PAGI
TEMPAT : KUMPULAN A (DEWAN PERDANA) KUMPULAN B (DEWAN PUTRA)
HARI : SELASA DAN KHAMIS

     Program ini dijalankan khas untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Murid –murid akan berkumpul dan dibahagikan kepada 2 kumpulan:
  • Kumpulan A                                                            
·         6 Seraya
·         6 Resak
·         6 Nyatuh
·         6 Meranti
  • Kumpulan B
·         6 Keruing
·         6 Balau
·         6 Cengal
·         6 Balau
·         6 Almon

Pada hari Selasa guru-guru B.Melayu dan Matematik akan bertindak sebagai fasilitator manakala hari Khamis pula guru-guru B.Inggeris dan Sains akan mengambil tempat sebagai fasilitator.
Fasilitator akan bertindak sebagai pembimbing kepada murid-murid bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. 
Program yang bermula pada bulan Februari ini akan berakhir pada bulan September. Aktiviti ini biasanya dibatalkan sekiranya murid akan menghadapi peperiksaan peringkat sekolah kerana untuk memberi laluan kepada murid membuat ulangkaji sendiri.  
Harapan Unit Kecemerlangan UPSR semoga aktiviti yang dijalankan ini dapat membantu murid-murid SKTPP mencapai kecemerlangan dalam UPSR pada tahun 2014.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program selama 30 minit yang bermula pukul 7.00  hingga 7.30 adalah:
-Penerangan tajuk terpilih menggunakan kaedah peta minda.
-Kuiz siapa cepat dia dapat
- Latihan bercetak (Perbincangan)
- Simulasi (Sains)

OBJEKTIF PROGRAM:
·         Mengisi masa terluang murid pada waktu pagi sebelum kelas bermula.
·         Menambah pengetahuan murid berkaitan aktiviti yang dijalankan.
·         Latih tubi yang ringkas serta mudah bagi menambah keyakinan murid untuk belajar.
·         Simulasi yang dijalankan untuk menarik minat murid untuk belajar.

Gambar-gambar semasa pengendalian program sehari selembar benang.

Murid-murid ceria dan teruja melihat simulasi guru sains bertajuk : Sistem Suria
Perbincangan murid-murid dalam kumpulan berkaitan soalan yang diberikan.
Aktiviti individu murid soalan matematik (kertas 2)

Murid membaca berpandukan peta minda sebelum kuiz siapa cepat dia dapat dijalankan.
Murid berbincang bersama rakan-rakan semasa aktiviti Bahasa Melayu. 

Aktiviti Bahasa Inggeris bagi kumpulan B di Dewan Putra

1 comment:

  1. Assalamualaikum

    Saya ada membangunkan aplikasi android untuk blog SK Taman Putra Perdana ini untuk memudahkan para guru, murid dan ibu bapa mengakses blog ini melalui telefon pintar android. Diharap ia dapat memberi manfaat kepada semua. Pautan bagi aplikasi ini adalah seperti berikut - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.technobyte.sktpp.

    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete