Pages

Saturday, July 5, 2014

Program Motivasi Tahun 6 (Pecutan Akhir) 2014

Pada hari Sabtu 5 Julai 2014, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama AJK Program Peningkatan Tahun 6 telah menganjurkan satu Program Motivasi untuk semua murid tahun 6. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh JMG Consultant & Impac Training.
            Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi. Sesi pendaftaran murid bermula pada pukul 7.30 pagi. Seramai 201 orang murid mendaftar untuk mengikuti program tersebut dan tidak ketinggalan juga 24 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator bagi melancarkan program tersebut. Tahniah kepada semua peserta dan syabas kepada pengendali bengkel serta  kepada guru-guru yang sudi hadir.
           Semoga aktiviti ini menjadi pemangkin untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.

Terdapat 3 slot utama dalam bengkel ini:

Slot 1 ~ Motivasi Pelajar - Track To Success
Fahami konsep peperiksaan
Rasai suasana menjelang peperiksaan
Ketenangan hati & jiwa menjelang peperiksaan
Ketahui 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan
Ketahui 5 faktor utama pelajar gagal dalam peperiksaan

Slot 2 ~ Strategi Menghadapi Peperiksaan
Tips belajar di saat akhir
Persediaan fizikal menghadapi peperiksaan
Persediaan mental menghadapi peperiksaan
Persediaan emosi menghadapi peperiksaan
Persediaan spiritual menghadapi peperiksaan
Strategi umum & khusus menghadapi peperiksaan
Pengurusan stress, tips & doa menghadapi peperiksaan
10 langkah perlu diambil 3 bulan menjelang peperiksaan

Slot 3 ~ Sentuhan Akhir
Capai yang mustahil dicapai
Ketahui harapan besar ibu bapa
Satu hadiah @ Tangisan kekecewaan
Satu hadiah @ Aku janji buat ayahbonda
angan lupa pemilik kejayaan yang sebenar
Air mata itu…..Untuk siapa sebenarnya?

Program berakhir pada pukul 2.30 petang.

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM











Kami Benci Dadah

No comments:

Post a Comment