Pada hari Sabtu 5 Julai 2014, Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama AJK Program Peningkatan Tahun 6 telah menganjurkan
satu Program Motivasi untuk semua murid tahun 6. Bengkel ini dikendalikan sepenuhnya
oleh JMG Consultant & Impac Training.
Aktiviti bermula pada pukul 8.00 pagi. Sesi pendaftaran murid bermula pada
pukul 7.30 pagi. Seramai 201 orang murid mendaftar untuk mengikuti
program tersebut dan tidak ketinggalan juga 24 orang guru yang bertindak
sebagai fasilitator bagi melancarkan program tersebut. Tahniah kepada semua
peserta dan syabas kepada pengendali bengkel serta kepada guru-guru yang
sudi hadir.
Semoga aktiviti ini menjadi pemangkin untuk murid-murid tahun 6 yang bakal
menduduki peperiksaan UPSR untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti.
Terdapat 3 slot utama dalam bengkel ini:
Slot 1 ~
Motivasi Pelajar - Track To Success
Fahami konsep peperiksaan
Rasai suasana menjelang peperiksaan
Ketenangan hati & jiwa menjelang peperiksaan
Ketahui 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan
Ketahui 5 faktor utama pelajar gagal dalam peperiksaan
Slot 2 ~
Strategi Menghadapi Peperiksaan
Tips belajar di saat akhir
Persediaan fizikal menghadapi peperiksaan
Persediaan mental menghadapi peperiksaan
Persediaan emosi menghadapi peperiksaan
Persediaan spiritual menghadapi peperiksaan
Strategi umum & khusus menghadapi peperiksaan
Pengurusan stress, tips & doa menghadapi peperiksaan
10 langkah perlu diambil 3 bulan menjelang peperiksaan
Slot 3 ~
Sentuhan Akhir
Capai yang mustahil dicapai
Ketahui harapan besar ibu bapa
Satu hadiah @ Tangisan kekecewaan
Satu hadiah @ Aku janji buat ayahbonda
angan lupa pemilik kejayaan yang sebenar
Air mata itu…..Untuk siapa sebenarnya?
Program berakhir pada pukul 2.30 petang.
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM
No comments:
Post a Comment