Pages

Wednesday, September 10, 2014

Kesan ribut

Setelah dilanda ribut, kebanyakan bumbung sekolah didapati agak merbahaya kerana kemungkinan jatuh ke bawah yang boleh menimpa murid dan warga sekolah jika tidak dibaiki. Pihak pentadbir telah membuat aduan segera kepada pihak PPD semalam mohon kerja-kerja membaiki kerosakan-kerosakan tersebut disusuli surat pada hari ini. Pihak sekolah dengan usahasama PIBG telah mengambil inisiatif membaiki sendiri bumbung PPKI dan prasekolah. 
   Sementara itu, pihak sekolah telah menutup laluan di bawah bumbung-bumbung yang kritikal itu dengan caution tape agar tiada orang khususnya murid melalui kawasan-kawasan tersebut. Mujurlah ketika ini musim peperiksaan UPSR di mana sebahagian murid direhatkan serta minggu depan Cuti Penggal akan bermula, maka kuranglah sedikit risiko berlakunya kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini. Diharapkan, kerosakan tersebut akan segera dibaiki menjelang sekolah dibuka pada 22.9.2014 ini nanti...

Bumbung atas pentas dewan yang "rongak"
Serpihan genting yang jatuh semalam dibersihkan
Kawasan-kawasan larangan diikat dengan caution tape

No comments:

Post a Comment