Pages

Wednesday, September 10, 2014

Menziarah adik Nur Adriana Farisha 1 Kompang

Berkongsi kesedihan yang dialami oleh adik Nur Adriana Farisha, pagi ini, wakil SKTPP yang terdiri daripada GB - Pn. Hjh. Rohaidah, PK1 - Tn. Hj. Ahmad Fuadi, PK HEM - Pn. Jamilah, PK Petang - Pn. Rosmah, guru kelas 1 Kompang - Pn. Azura Farina, Pn. Nurrulhuda bersama AJK PIBG; YM Tengku Syawal telah menziarah keluarga adik Farisha di Desa Air Hitam. Adik Farisha telah kematian bapa dan datuknya dalam kejadian bot karam sewaktu memancing di Kuala Selangor Ahad lepas. Semoga keluarga Farisha tabah dengan ujian Allah ini. Al Fatihah...


Adik Farisha bersama ibu dan nenek kesayangannya

   Untuk rekod, seorang lagi anak murid 1 Kompang; adik Dzul Hafizi juga telah kehilangan ibunya seminggu yang lalu. Niat untuk menziarahi adik Dzul hari ini tidak dapat dilaksanakan kerana Dzul telah pulang ke kampung. 
   Semoga anak-anak yatim ini mendapat jagaan yang baik dari keluarga dan cekal dengan ketentuan Allah ini. Kami pihak sekolah akan sentiasa membantu setakat yang boleh. Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment