1.Encik Afandi
2.Puan Yani
3.Puan Rozimah
4.Puan Ummu
5.Encik Hafiz
6.Puan Azmira
LAPORAN / ULASAN :
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
~ Nyanyian lagu Negaraku, Lagu
Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Puan Rozimah)
~ Bacaan doa dipimpin oleh adik
~ Bacaan ikrar Rukun
Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Rozimah
~ Bacaan ikrar murid
dipimpin oleh adik Anysaa Abdul Aziz
2. Laporan
guru bertugas minggu lepas oleh Puan Suzilawati
Perkara yang
ditekankan, antaranya:
- Sepanjang minggu
lepas tiada peristiwa kecederaan serius yang berlaku.
- Kebersihan kelas
masih lagi di tahap kurang memuaskan.
- Peringatan kepada
murid yang balik terlalu lewat agar memberitahu ibu bapa supaya menjemput anak
tepat pada waktunya.
3. Ucapan Guru
Bertugas minggu ini : Puan Rozimah
- Memperkenalkan
barisan guru bertugas minggu ini.
Tema pada minggu ini :
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
Antara kebaikan program kitar semula ialah kita dapat mengelakkan
pencemaran alam sekitar. Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan
seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar
semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang
sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang
bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas
dan tikus.
Selain itu, program kitar semula
dapat menambahkan pendapatan kita. Bahan-bahan buangan seperti plastik, kertas
dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual
barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini
boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.
Dengan melakukan aktiviti kitar
semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan
mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan
bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar
semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau sungai.
Di samping itu, kita dapat
menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula
kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan
kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis.
Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk
membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada
bahan kimia yang dihasilkannya.
LAWAD :
BM : Merecap
- Merasa
BI
: Hill - Bukit
B.ARAB :
Sobuunun– Sabun
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Tahun 1.
Pertama:Uranium
Kedua
:Kuprum
Ketiga:Platinum
Tahun 2
Pertama:Angklung
Kedua
:Nafiri
Ketiga
:Gambus
Tahun 3
Pertama:Surgeri
Kedua: Pediatrik
Ketiga:Obstetrik
Majlis seterusnya disambung dengan majlis
pelancaran ikon PPDa SKTPP yang
dipengerusikan oleh Puan Jumilah.
No comments:
Post a Comment