Guru
Bertugas :
1.
Encik Srimahathevan
2.
Puan Faridatul Akmal
3.
Puan Rosmawati
4.
Puan Maimunah
5.
Encik Fakhri
6.
Encik Kamarul
7.
Puan Noor Hayati
LAPORAN
/ ULASAN :
1.
Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian
lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh adik Noor
Aina Adlina - 6 Waja)
Bacaan
doa oleh dipimpin oleh adik Fathul Akbar - 6 Waja
Bacaan
ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan
Faridatul Akmal.
Bacaan
ikrar murid dipimpin oleh adik Iffah Firzanah - 6 Wira
Guru dan Pengawas Bertugas |
Murid sedang membaca ikrar |
2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Siti
Masrah
Perkara yang ditekankan, antaranya:
Pada
masa rehat murid masih lagi tidak makan di kantin sebaliknya terdapat sampah
plastik makanan di perkarangan sekolah terutama di dewan. Selain itu terdapat
segelintir murid tidak meletakkan
pinggan makanan yang telah digunakan di
tempat yang disediakan malah terdapat pinggan dan bekas minuman yang berada di dalam longkang.
Murid
diminta untuk sentiasa patuh pada peraturan sekolah dengan bergerak dalam
laluan yang telah ditetapkan.
3.
Ucapan Guru Bertugas minggu ini : Puan Faridatul Akmal
Memperkenalkan
barisan guru bertugas minggu ini.
Tema
pada minggu ini : KEPENTINGAN KITAR SEMULA
·
Menekankan kepentingan bagi seorang murid dalam
menjaga alam sekitar bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. Bahan buangan
seperti kaca, kertas dan plastik perlu dibuang di tempat yang telah ditetapkan.
·
Antara kepentingan kitar semula ialah kita dapat mengelakkan
pencemaran alam sekitar. Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan
seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula.
Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang
sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang
bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas
dan tikus.
·
Murid juga diingatkan dengan melakukan aktiviti
kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat,
bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat,
kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui
amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh
dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau sungai.
·
Murid harus faham tanggungjawab sebagai seorang
warga SKTPP untuk memastikan kebersihan dan keceriaan di sekolah adalah penting
dalam menghasilkan kawasan pembelajaran
yang kondusif.
·
Aktiviti kitar semula wajar dijadikan program
tahunan sekolah untuk memupuk amalan yang murni dalam diri murid-murid.
LAWAD
:
BM : Mengecap - Merasa
BI :
Ethnic - Kaum
B.ARAB : Baiun – Penjual Lelaki
4. Ucapan daripada Puan Azizah
Peringatan
diberikan kepada murid-murid supaya menumpukan perhatiaan kepada pelajaran kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan tidak lama lagi.
Semua murid juga diingatkan supaya belajar
mendengar dan mengawal diri semasa sesi pembelajaran agar ilmu yang disampakan
oleh guru dapat difahami oleh murid.
Murid Tahun 6 dinasihatkan supaya lebih menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana
banyak lagi peperiksaan akan dijalankan untuk Tahun 6 sebelum UPSR berlangsung.
Ucapan Guru Penolong Kanan Pn. Azizah Bt Mokhlas |
Disediakan oleh:
En. Fakhri
No comments:
Post a Comment