Pages

Tuesday, June 30, 2015

Program Bacaan Pintar (Mentor-mentee)

KPI Linus bagi murid Tahun 3 ialah 100%. Pihak sekolah perlulah memastikan KPI ini tercapai pada penghujung tahun. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Linus sekolah ini telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu program yang dinamakan Program Bacaan Pintar. 

Program yang dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu pada hari Selasa dan Rabu ini adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 3 yang menguasai asas Linus Literasi (sebagai mentor) dapat membimbing adik-adik Tahun 1 dan 2 (mentee) menguasai konstruk K3-K12 sepenuhnya pada Saringan 2 Linus 2.0 yang akan datang. Semoga program ini akan memberikan kesan yang positif serta dapat mencapai sasarannya.

MATLAMAT:
Mencapai sasaran KPI 100% murid sifar Linus di Tahun 3.

OBJEKTIF:
  • Membantu meningkat kadar celik huruf di sekolah.
  • Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dengan cepat.
  • Mencapai sasaran KPI Program Linus iaitu Tahun 1 (90%), Tahun 2 (97%) dan Tahun 3 (100%)
SASARAN:
  •  Murid-murid Tahun 3 yang terpilih dan murid-murid Tahun 1 dan 2 yang tidak  menguasai konstruk K3-K12 Saringan 1 Linus yang lalu.

PELAKSANAAN:
  • Tarikh                        :  30 Jun – Oktober 2015
  • Hari                            : Selasa dan Rabu
  • Masa                          : 1.00 - 1.20 tengah hari
  • Tempat                      : Dewan Putra SKTPP

MODUL YANG DIGUNAKAN:
Modul Program Bacaan Pintar - Mari Membaca dan eBatu 

PELAKSANA:
  • Guru-guru Linus Literasi BM

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan semasa program yang telah bermula pada hari ini:









Disediakan oleh:
Azura Farina binti Abdullah
Setiausaha Linus
SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment