KPI Linus bagi murid
Tahun 3 ialah 100%. Pihak sekolah perlulah memastikan KPI ini tercapai pada
penghujung tahun. Oleh sebab itu, Jawatankuasa Linus sekolah ini telah
mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu program yang dinamakan Program Bacaan
Pintar.
Program yang dijalankan selama dua hari setiap minggu iaitu pada hari Selasa dan Rabu ini adalah bertujuan untuk memastikan murid Tahun 3 yang menguasai asas Linus Literasi (sebagai mentor) dapat membimbing adik-adik Tahun 1 dan 2 (mentee) menguasai konstruk K3-K12 sepenuhnya pada Saringan 2 Linus 2.0 yang akan datang. Semoga program ini akan memberikan kesan yang positif serta dapat mencapai sasarannya.
MATLAMAT:
Mencapai sasaran KPI 100% murid sifar Linus di Tahun
3.
OBJEKTIF:
- Membantu meningkat kadar celik huruf di sekolah.
- Membantu murid Linus menguasai kemahiran asas membaca dan menulis
dengan cepat.
- Mencapai sasaran KPI Program Linus iaitu Tahun 1 (90%), Tahun 2 (97%) dan Tahun 3 (100%)
SASARAN:
- Murid-murid Tahun 3 yang terpilih dan murid-murid Tahun 1 dan 2
yang tidak menguasai konstruk K3-K12 Saringan 1 Linus yang lalu.
PELAKSANAAN:
- Tarikh
:
30 Jun – Oktober 2015
- Hari
:
Selasa dan Rabu
- Masa
: 1.00
- 1.20 tengah hari
- Tempat
: Dewan
Putra SKTPP
MODUL YANG DIGUNAKAN:
Modul Program Bacaan Pintar - Mari Membaca dan
eBatu
PELAKSANA:
- Guru-guru Linus Literasi BM
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan semasa program yang telah bermula pada hari ini:
Disediakan oleh:
Azura Farina binti Abdullah
Setiausaha Linus
SK Taman Putra Perdana
No comments:
Post a Comment