Pages

Wednesday, October 7, 2015

Program Sembang Anak Dara dan Anak Bujang

TARIKH         : Rabu - 7 Oktober 2015
MASA             : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT         : Bilik Mesyuarat dan Pusat Sumber SKTPP
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru Tahun 6

LATAR BELAKANG :

Pendedahan awal tentang perubahan fizikal diri serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi penting kepada murid-murid Tahun 6 apabila melangkah ke alam remaja agar mereka mampu menangani perubahan tersebut secara positif. 

OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti berikut:

1. Memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah.
2. Meningkatkan pengetahuan murid tentang perubahan fizikal dan mental yang akan mereka alami sebagai seorang remaja.
3. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai seorang remaja.

Pihak sekolah sangat berbesar hati menjemput penceramah khas daripada Syarikat Emkays Training and Consultancy iaitu Encik MK Azman dan Puan Shadiya Abbas untuk menyampaikan ceramah yang begitu bermakna bagi murid-murid Tahun 6 SKTPP seramai 329 orang.


Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang acara program berlangsung:

Murid-murid lelaki khusyuk mendengar ceramah

Murid-murid perempuan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan

Encik MK Azman memberi pendedahan tentang isu-isu awal remaja 

Puan Shadiya menerangkan tentang cabaran-cabaran yang bakal dilalui 
Murid-murid mengikuti arahan penceramah dengan ceria  

Bergambar bersama penceramah
Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderamata kepada penceramah




Disediakan oleh : Norliza Ali
                             Ziani Zubir

No comments:

Post a Comment