TARIKH : Rabu - 7 Oktober 2015
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : Bilik Mesyuarat dan Pusat Sumber SKTPP
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru Tahun 6
LATAR BELAKANG :
MASA : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
TEMPAT : Bilik Mesyuarat dan Pusat Sumber SKTPP
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan semua guru Tahun 6
LATAR BELAKANG :
Pendedahan awal tentang perubahan fizikal diri serta
cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi penting kepada murid-murid Tahun 6
apabila melangkah ke alam remaja agar mereka mampu menangani perubahan tersebut
secara positif.
OBJEKTIF PROGRAM :
Objektif program adalah seperti
berikut:
1. Memberi pendedahan berkaitan
pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah.
2. Meningkatkan pengetahuan murid
tentang perubahan fizikal dan mental yang akan mereka alami sebagai seorang
remaja.
3. Memberi pendedahan kepada murid-murid
tentang cabaran-cabaran yang akan dilalui sebagai seorang remaja.
Pihak sekolah sangat berbesar hati
menjemput penceramah khas daripada Syarikat Emkays Training and Consultancy
iaitu Encik MK Azman dan Puan Shadiya Abbas untuk menyampaikan ceramah yang
begitu bermakna bagi murid-murid Tahun 6 SKTPP seramai 329 orang.
Berikut adalah
beberapa keping gambar yang sempat dirakam sepanjang acara program berlangsung:
Murid-murid lelaki khusyuk mendengar ceramah |
Murid-murid perempuan menumpukan sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan |
Encik MK Azman memberi pendedahan tentang isu-isu awal remaja |
Puan Shadiya menerangkan tentang cabaran-cabaran yang bakal dilalui |
Murid-murid mengikuti arahan penceramah dengan ceria |
Bergambar bersama penceramah |
Guru Besar SKTPP menyampaikan cenderamata kepada penceramah |
Ziani Zubir
No comments:
Post a Comment