Pages

Monday, April 4, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-13 (Sesi Pagi)

Tarikh: 4 April 2016
Hari: Isnin
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas:
1. Hafiz bin Md Noor
2. Mohd Rusydan bin Ismail
3. Wan Rosmawati bt. Wan Ibrahim
4. Maimunah binti Yob
5. Siti Rabiaah binti Mohammad
6. Parimala a/p Vengadaslam
7. Mazzaini binti Muda
6. Arjunawati binti Ahmad Nuze

 Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor
2. Bacaan doa oleh Adik Muhammad Aminurrasyid bin Saari (6 Sigma)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Faridatul Akmal 
4. Bacaan Ikrar murid oleh Adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta)

Penyampaian hadiah bagi Kebersihan Kelas:
1. PPKI:-
- Tempat pertama - kelas Dell
- Tempat kedua - kelas Apple
- Tempat ketiga - kelas Compaq

2. Tahun 4:-
- Tempat pertama - kelas Radiologi
- Tempat kedua - kelas Ortopedik
- Tempat ketiga - kelas kardiologi

3. Tahun 5:-
- Tempat pertama - kelas Utarid
- Tempat kedua - kelas Uranus
- Tempat ketiga - kelas Zuhal

4. Tahun 6:-
- Tempat pertama - kelas Gamma
- Tempat kedua - kelas Theta
- Tempat ketiga - kelas Lambda

Ucapan Guru Bertugas: Pn. Faridatul Akmal 
Tema: Kitar Semula 
1. Adalah merupakan satu kaedah dalam pengurusan sisa untuk mengurangkan penghasilan sisa pepejal. 
2. Bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
3. Masyarakat patut memainkan peranan dan memberi kerjasama untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan pokok di serata dunia.
4. Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran dan dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar.
5. Tujuan Program kitar semula adalah untuk menguruskan sampah yang semakin banyak yang boleh menyebabkan pencemaran serta penyebaran wabak penyakit.

Ucapan Guru Disiplin: En. Shahrizal bin Ya'am 
1. Murid-murid dikehendaki menjaga adab dan tidak membuat bising sepanjang perhimpunan dijalankan.
2. Murid-murid juga tidak dibenarkan memakai baju sukan sekiranya bukan pada waktu Pendidikan Jasmani (PJ).
3. Murid-murid tidak dibenarkan naik ke kelas semasa waktu perhimpunan terutamanya pada waktu rehat.  
4. Murid-murid hendaklah menggunakan tangga yang telah ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan laluan ketika naik dan turun ke kelas masing-masing. 

Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI: Pn. Norhamizah binti Hamzah
1. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga adab ketika berada di dalam sesuatu majlis. Sepanjang majlis berlangsung, murid-murid hendaklah berada dalam keadaan yang senyap. 
2. Murid-murid juga mesti patuh kepada setiap teguran dari guru.
3. Murid-murid hendaklah mencatat apa yang disampaikan oleh guru di dalam buku catatan sebagai rujukan.
4. Sentiasa menjaga adab dengan guru juga rakan-rakan dengan memberi salam di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah.
5. Murid-murid juga hendaklah mengamalkan budaya hormat-menghormati terhadap guru dan juga sesama rakan.

Perasmian Mural The One Academy (TOA) dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali bersama dengan pensyarah serta 3 orang pelajar dari The One Academy (TOA), Sunway.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perhimpunan hari ini:
Gambar-gambar sepanjang majlis Perhimpunan Rasmi berlangsung

Penyampaian Hadiah Kebersihan Kelas bagi Minggu 12 

Perasmian Mural The One Academy (TOA)
oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali

No comments:

Post a Comment