Tarikh: 4 April 2016
Hari: Isnin
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Guru Bertugas:
1. Hafiz bin Md Noor
2. Mohd Rusydan bin Ismail
3. Wan Rosmawati bt. Wan Ibrahim
4. Maimunah binti Yob
5. Siti Rabiaah binti Mohammad
6. Parimala a/p Vengadaslam
7. Mazzaini binti Muda
6. Arjunawati binti Ahmad Nuze
1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu
Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor
2. Bacaan doa oleh Adik Muhammad Aminurrasyid bin Saari (6
Sigma)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan
Raya telah dipimpin oleh Puan Faridatul Akmal
4. Bacaan Ikrar murid oleh Adik Asyraaf Aqasha bin Mohd
Fadzir (6 Zeta)
Penyampaian hadiah bagi Kebersihan Kelas:
1. PPKI:-
- Tempat pertama - kelas Dell
- Tempat kedua - kelas Apple
- Tempat ketiga - kelas Compaq
2. Tahun 4:-
- Tempat pertama - kelas Radiologi
- Tempat kedua - kelas Ortopedik
- Tempat ketiga - kelas kardiologi
3. Tahun 5:-
- Tempat pertama - kelas Utarid
- Tempat kedua - kelas Uranus
- Tempat ketiga - kelas Zuhal
4. Tahun 6:-
- Tempat pertama - kelas Gamma
- Tempat kedua - kelas Theta
- Tempat ketiga - kelas Lambda
Ucapan Guru Bertugas: Pn. Faridatul Akmal
Tema: Kitar Semula
1. Adalah merupakan satu kaedah dalam pengurusan sisa untuk
mengurangkan penghasilan sisa pepejal.
2. Bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran.
3. Masyarakat patut memainkan peranan dan memberi kerjasama
untuk menjayakan program kitar semula yang bukan sahaja dapat membantu mengurangkan
penggunaan bahan baru malah menyelamatkan beratus-ratus spesis hidupan dan
pokok di serata dunia.
4. Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan
bebas daripada pencemaran dan dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan
kebersihan alam sekitar.
5. Tujuan Program kitar semula adalah untuk menguruskan
sampah yang semakin banyak yang boleh menyebabkan pencemaran serta penyebaran
wabak penyakit.
Ucapan Guru Disiplin: En. Shahrizal bin Ya'am
1. Murid-murid dikehendaki menjaga adab dan tidak membuat
bising sepanjang perhimpunan dijalankan.
2. Murid-murid juga tidak dibenarkan memakai baju sukan
sekiranya bukan pada waktu Pendidikan Jasmani (PJ).
3. Murid-murid tidak dibenarkan naik ke kelas semasa waktu
perhimpunan terutamanya pada waktu rehat.
4. Murid-murid hendaklah menggunakan tangga yang telah
ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan laluan ketika naik dan turun ke kelas
masing-masing.
Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI: Pn. Norhamizah binti
Hamzah
1. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga adab ketika berada
di dalam sesuatu majlis. Sepanjang majlis berlangsung, murid-murid hendaklah
berada dalam keadaan yang senyap.
2. Murid-murid juga mesti patuh kepada setiap teguran dari
guru.
3. Murid-murid hendaklah mencatat apa yang disampaikan oleh
guru di dalam buku catatan sebagai rujukan.
4. Sentiasa menjaga adab dengan guru juga rakan-rakan dengan
memberi salam di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah.
5. Murid-murid juga hendaklah mengamalkan budaya hormat-menghormati terhadap guru dan juga sesama rakan.
Perasmian Mural The One Academy (TOA) dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali bersama dengan pensyarah serta 3 orang pelajar dari The One Academy (TOA), Sunway.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis
perhimpunan hari ini:
No comments:
Post a Comment