Tarikh : 11 April
2016
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
GURU-GURU YANG BERTUGAS
1. Encik Zurilazman binti
Abdullah
2. Pn. Astina Binti Mahad
Nor
3. Pn. Norsiah binti Mohd
Noor
4. Pn.Roseniza binti
Setapa
5. Pn.Roslina binti
Setapa
6. Pn. Juli binti Mahbah
7. Pn. Nurulhuda binti
Yaacub
8. Pn. Umi Nazrah binti Saharoni
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor
dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar
Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Astina
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Nisa Adriana.
Laporan / ulasan
guru bertugas minggu lepas (Pn Faridatul Akmal)
Budaya memberi salam masih kurang diamalkan dalam kalangan
murid-murid SK Taman Putra Perdana. Murid-murid diingatkan bahawa amalan
memberi salam adalah amalan murni dan hendaklah diamalkan sepanjang waktu.
Selain itu, murid-murid juga diingatkan
agar sentiasa berada dalam keadaan tenang terutama selepas rehat. Mereka
diingatkan agar sentiasa berdisiplin dan berhemah semasa menggunakan tangga.
Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas
PPKI -Tempat Pertama : Compaq
Tempat Kedua : Lenovo
Tempat Ketiga : Dell
PPKI -Tempat Pertama : Compaq
Tempat Kedua : Lenovo
Tempat Ketiga : Dell
Tahun 4 -Tempat Pertama : Radiologi
Tempat Kedua : Kardiologi
Tempat Ketiga : Orthopedik
Tahun 5 - Tempat Pertama : Uranus
Tempat Kedua : Utarid
Tempat Ketiga : Pluto
Tempat Kedua : Kardiologi
Tempat Ketiga : Orthopedik
Tahun 5 - Tempat Pertama : Uranus
Tempat Kedua : Utarid
Tempat Ketiga : Pluto
Tahun 6 - Tempat Pertama : Theta
Tempat Kedua : Lambada
Tempat Ketiga : Gamma
Tempat Kedua : Lambada
Tempat Ketiga : Gamma
Ucapan guru bertugas
- Memperkenalkan
guru-guru bertugas pada minggu ini.
- Tema minggu ini
ialah Kepentingan Sarapan.
- Akal yang sihat dan
genius terdapat pada tubuh yang sihat dan cergas. Selain itu tubuh badan yang
sihat adalah lebih baik daripada tubuh yang lemah. Oleh itu, murid-murid diingatkan
agar sentiasa bersarapan agar dapat menjadi murid yang cergas dengan otak yang
cerdas.
Ucapan En. Shahrizal (Guru Disiplin SKTPP)
En. Shahrizal
mengingatkan murid-murid agar dapat menjaga harta benda sekolah. Ini
termasuklah segala kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan
bilik-bilik khas. Selain itu, teguran juga dibuat terhadap disiplin
pelajar di kantin dan kawasan sekitarnya. Murid-murid haruslah meletakkan
pinggan mangkuk yang digunakan ke dalam bekas yang disediakan. Akhir sekali, En.
Shahrizal menegur murid-murid agar tidak berada di dalam bilik darjah semasa
Pendidikan Jasmani dan waktu rehat dan hendaklah membawa kad kebenaran keluar
kelas apabila meninggalkan kelas.
Ucapan Pn. Norhayati
binti Yusof (Guru PPKI)
Sepanjang minggu lepas, PPKI telah melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan telah mencapai kejayaan yang membanggakan.
Di antara aktiviti yang telah dimenangi ialah:
1. Kejohanan Boling
Tenpin MSSD Sepang 2016 dan telah berlangsung di Dream Bowl Sport, Komplek
Nilai. SKTPP telah mendapat tempat keempat bagi katogeri rendah acara lelaki yang
dimenangi oleh Mohd Alif Hakimi bin Mazlan manakala bagi acara perempuan
dimenangi oleh Nur Athirah Safiya binti Aidilhad.
2. Karnival Dakwah
sekolah sekolah Daerah Sepang 2016 bertempat di SMK Sg.Rawang (9hb. April).
- Pertandingan Azan Subuh, Mohd Amir bin Mohd Fazli telah memenangi tempat ketiga
- Tulisan Khat, Mohd Alif Hakimi bin Mazlan mendapat tempat kelima.
3. Pertandingan Nasyid, PPKI
telah mendapat tempat ketiga dan telah diwakili oleh:
1.
Mohd Alif Hakimi bin
Mazlan
2.
Syamel Mukhriz bin
Rusli
3.
Mohd Hafiz bin Suhaimi
4.
Iskandar Dzulkarnain
Ucapan Guru Besar
Puan Hajah Rohaidah mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga disiplin semasa
berada di sekolah. Murid murid juga diingatkan bahawa SKTPP adalah sekolah yang
sering dilawati oleh wakil-wakil sekolah dan agensi lain kerana prestasi yang
cemerlang dalam pelbagai kegiatan Kurikulum dan Kokurikulum. Hari ini berita
tentang SKTPP telah disiarkan dalam Harian Sinar.
Selain itu, Puan Guru Besar juga mengingatkan murid-murid
untuk menjaga kesihatan terutama di musim panas ini. Mereka digalakkan untuk
berada di rumah dan mengurangkan aktiviti luar. Murid digalakkan meminum air
yang secukupnya.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan pagi :
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan pagi :
Ucapan Guru Disiplin |
No comments:
Post a Comment