... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, April 11, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-14 (Sesi Pagi)

Tarikh      : 11 April 2016
Hari         :  Isnin
Masa       : 1.20 - 1.50 petang
Tempat    : Dewan Perdana SKTPP
GURU-GURU YANG BERTUGAS
1.  Encik Zurilazman binti Abdullah
2.  Pn. Astina Binti Mahad Nor   
3.  Pn. Norsiah binti Mohd Noor
4.  Pn.Roseniza binti Setapa
5.  Pn.Roslina binti Setapa
6.  Pn. Juli binti Mahbah
7.  Pn. Nurulhuda binti Yaacub
8.  Pn. Umi Nazrah binti Saharoni

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Astina
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Nisa Adriana.
Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Pn Faridatul Akmal)
Budaya memberi salam masih kurang diamalkan dalam kalangan murid-murid SK Taman Putra Perdana. Murid-murid diingatkan bahawa amalan memberi salam adalah amalan murni dan hendaklah diamalkan sepanjang waktu.
Selain itu, murid-murid juga diingatkan agar sentiasa berada dalam keadaan tenang terutama selepas rehat. Mereka diingatkan agar sentiasa berdisiplin dan berhemah semasa menggunakan tangga.
Penyampaian Hadiah Keceriaan Kelas

PPKI       -Tempat Pertama  : Compaq
                 Tempat Kedua    : Lenovo
                 Tempat Ketiga     : Dell
Tahun 4 -Tempat Pertama  : Radiologi
                 Tempat Kedua    : Kardiologi
                 Tempat Ketiga    : Orthopedik

Tahun 5 - Tempat Pertama  : Uranus
                 Tempat Kedua     : Utarid
                 Tempat Ketiga     : Pluto
Tahun 6 - Tempat Pertama  : Theta
                 Tempat Kedua     : Lambada
                 Tempat Ketiga     : Gamma
 Ucapan guru bertugas
- Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
-  Tema minggu ini ialah Kepentingan Sarapan.
- Akal yang sihat dan genius terdapat pada tubuh yang sihat dan cergas. Selain itu tubuh badan yang sihat adalah lebih baik daripada tubuh yang lemah. Oleh itu, murid-murid diingatkan agar sentiasa bersarapan agar dapat menjadi murid yang cergas dengan otak yang cerdas.
Ucapan En. Shahrizal (Guru Disiplin SKTPP)
En. Shahrizal mengingatkan murid-murid agar dapat menjaga harta benda sekolah. Ini termasuklah segala kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas. Selain itu, teguran juga dibuat terhadap disiplin pelajar di kantin dan kawasan sekitarnya. Murid-murid haruslah meletakkan pinggan mangkuk yang digunakan ke dalam bekas yang disediakan. Akhir sekali, En. Shahrizal menegur murid-murid agar tidak berada di dalam bilik darjah semasa Pendidikan Jasmani dan waktu rehat dan hendaklah membawa kad kebenaran keluar kelas apabila meninggalkan kelas.
Ucapan Pn. Norhayati binti Yusof (Guru PPKI)
Sepanjang minggu lepas, PPKI telah melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan telah mencapai kejayaan yang membanggakan.
Di antara aktiviti yang telah dimenangi ialah:
1.  Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang 2016 dan telah berlangsung di Dream Bowl Sport, Komplek Nilai. SKTPP telah mendapat tempat keempat bagi katogeri rendah acara lelaki yang dimenangi oleh Mohd Alif Hakimi bin Mazlan manakala bagi acara perempuan dimenangi oleh Nur Athirah Safiya binti Aidilhad.
2.  Karnival Dakwah sekolah sekolah Daerah Sepang 2016 bertempat di SMK Sg.Rawang (9hb. April).
- Pertandingan Azan Subuh, Mohd Amir bin Mohd Fazli telah memenangi tempat ketiga
- Tulisan Khat, Mohd Alif Hakimi bin Mazlan mendapat tempat kelima.

3.  Pertandingan Nasyid, PPKI telah mendapat tempat ketiga dan telah diwakili oleh:
1.     Mohd Alif Hakimi bin Mazlan
2.     Syamel Mukhriz bin Rusli
3.     Mohd Hafiz bin Suhaimi
4.     Iskandar Dzulkarnain

Ucapan Guru Besar
Puan Hajah Rohaidah mengingatkan  murid-murid agar sentiasa menjaga disiplin semasa berada di sekolah. Murid murid juga diingatkan bahawa SKTPP adalah sekolah yang sering dilawati oleh wakil-wakil sekolah dan agensi lain kerana prestasi yang cemerlang dalam pelbagai kegiatan Kurikulum dan Kokurikulum. Hari ini berita tentang SKTPP telah disiarkan dalam Harian Sinar.
Selain itu, Puan Guru Besar juga mengingatkan murid-murid untuk menjaga kesihatan terutama di musim panas ini. Mereka digalakkan untuk berada di rumah dan mengurangkan aktiviti luar. Murid digalakkan meminum air yang secukupnya.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perhimpunan pagi :
Guru Bertugas Minggu Ini
Ucapan Guru Disiplin

Salah Seorang Wakil Penerima Piala Kelas Terbersih
Penerima-Penerima Hadiah 
Ucapan Guru Besar

Disediakan oleh :
Puan Norsiah Binti Mohd Noor

No comments:

Post a Comment