GURU-GURU YANG BERTUGAS
Puan Noor Hanawati Alinda
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Puan Norinna binti Omar
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Puan Roslina binti Jafar
LAPORAN / ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Minggu lepas merupakan minggu pertama persekolahan. Oleh
itu, kebanyakan murid masih keliru dan tidak biasa dengan peraturan-peraturan
sekolah. Oleh sebab itu cikgu Roslinda mengingatkan murid-murid agar sentiasa
prihatin tentang perkara-perkara berikut:
a. Bunyi loceng waktu rehat
-Terutamanya loceng tamat waktu rehat. Apabila loceng
berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat, sepatutnya murid-murid terus
bergegas ke dewan tetapi kebanyakan murid masih berkeliaran dan berlegar-legar
di kantin. Murid-murid diingatkan peka dengan bunyi loceng dan tidak membuang
masa.
b. Penggunaan anak tangga.
-Murid-murid juga diingatkan supaya berhati-hati ketika
menuruni dan menaiki anak tangga. Dilarang berebut-rebut dan bertolak-tolak
bimbang murid akan terjatuh dan tercedera. Oleh itu murid-murid diingatkan
supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.
Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu
sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
dipimpin oleh Pn.Noor Hanawati.
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh ketua pengawas iaitu
Rusyaidi bin Baki.
Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Cik Roslinda)
Minggu lepas merupakan minggu pertama persekolahan. Oleh
itu, kebanyakan murid masih keliru dan tidak biasa dengan peraturan-peraturan
sekolah. Oleh sebab itu cikgu Roslinda mengingatkan murid-murid agar sentiasa
prihatin tentang perkara-perkara berikut:
a. Bunyi loceng waktu rehat
-Terutamanya loceng tamat waktu rehat. Apabila loceng
berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat, sepatutnya murid-murid terus
bergegas ke dewan tetapi kebanyakan murid masih berkeliaran dan berlegar-legar
di kantin. Murid-murid diingatkan peka dengan bunyi loceng dan tidak membuang
masa.
b. Penggunaan anak tangga.
-Murid-murid juga diingatkan supaya berhati-hati ketika
menuruni dan menaiki anak tangga. Dilarang berebut-rebut dan bertolak-tolak
bimbang murid akan terjatuh dan tercedera. Oleh itu murid-murid diingatkan
supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.
Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.
Barisan guru bertugas |
Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah
Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang
dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku
manusia yang berada di dalamnya. Maksud peraturan ialah undang-undang yang
ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan
aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat
adalah bagi mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah
supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada
sebarang gangguan.
Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya
akan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
teratur dan secara tidak langsung ianya juga membantutkan usaha pembentukan
nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi para
pelajar untuk menghadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan sebenar.
Oleh sebab itu, beberapa keterangan mengenai
peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid-murid sekolah
iaitu:
a. Pakaian Seragam Sekolah - pakaian murid lelaki
dan perempuan
b. Kasut - berwarna putih
c. Rambut - Lelaki mesti berambut pendek
- Perempuan mesti diikat supaya kelihatan kemas.
d. Sarung kaki/stoking - berwarna putih
e. Lencana Sekolah - tampal di bahagian atas saku baju
kemeja atau bahagian atas sebelah kiri baju kurung.
f. Tanda Nama - saiz, bentuk tulisan,
warna hendaklah seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
g. Unit Beruniform - dibenarkan dipakai pada
setiap hari Rabu sepanjang hari persekolahan dan sewaktu menjalani aktiviti
kokurikulum.
Pn. Azwani menerangkan tentang peraturan sekolah
Penyampaian hadiah kepada peserta Jamboree di India
Pada 28 Disember 2016 sehingga 06 Januari 2017, 2 orang
murid dan seorang guru telah mengikuti 17th Scouts & Guides
Jamboree di India. Peserta-peserta tersebut adalah seperti berikut:
1. Pn. Parimala
Vengadaslam
2. Amirah Syazana binti
Samsuri (6 Zuhrah)
3. Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi
Doinil Jalalaini (6 Zuhrah)
Tahniah
diucapkan kepada peserta-peserta yang terlibat.
Bantuan Beg Sekolah dan Alat Tulis
Pihak sekolah telah menerima sumbangan dan beg sekolah dan
alat tulis untuk diagihkan kepada murid-murid miskin. Seramai 26 orang murid
sekolah telah mendapat bantuan tersebut. Puan Guru Besar telah menyampaikan
sumbangan beg dan alat-alat tulis kepada murid-murid tersebut. Terima kasih
diucapkan kepada individu dan pihak yang bermurah hati. Semoga ia dapat
meringankan beban ibu bapa dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh
murid-murid yang berkenaan.
Ucapan Guru Besar
Guru besar Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah
mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya ke Jamboree Antarabangsa.
Ia diharap dapat menggalakkan murid melibatkan diri dengan aktif dalam
bidang kokurikulum terutama unit beruniform. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada AJK PIBG; Dr. Saravanan yang telah memberi sumbangan kepada
peserta ke Jamboree tersebut.
Ucapan Guru Besar |
Disediakan Oleh: Jamunarani Bhoja Rajan
No comments:
Post a Comment