... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, January 9, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

GURU-GURU YANG BERTUGAS

Puan Noor Hanawati Alinda
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Puan Norinna binti Omar
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali@ Yasim

Puan Roslina binti Jafar

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar 
 Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Cik Roslinda)
Minggu lepas merupakan minggu pertama persekolahan. Oleh itu, kebanyakan murid masih keliru dan tidak biasa dengan peraturan-peraturan sekolah. Oleh sebab itu cikgu Roslinda mengingatkan murid-murid agar sentiasa prihatin tentang perkara-perkara berikut:
a.     Bunyi loceng waktu rehat
-Terutamanya loceng tamat waktu rehat. Apabila loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat, sepatutnya  murid-murid terus bergegas ke dewan tetapi kebanyakan murid masih berkeliaran dan berlegar-legar di kantin. Murid-murid diingatkan peka dengan bunyi loceng dan tidak membuang masa.

b.     Penggunaan anak tangga.
-Murid-murid juga diingatkan supaya berhati-hati ketika menuruni dan menaiki anak tangga. Dilarang berebut-rebut dan bertolak-tolak bimbang murid akan terjatuh dan tercedera. Oleh itu murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.
Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn.Noor Hanawati.
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh ketua pengawas iaitu Rusyaidi bin Baki.

                  
                                                    Perhimpunan Pagi


Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Cik Roslinda)

Minggu lepas merupakan minggu pertama persekolahan. Oleh itu, kebanyakan murid masih keliru dan tidak biasa dengan peraturan-peraturan sekolah. Oleh sebab itu cikgu Roslinda mengingatkan murid-murid agar sentiasa prihatin tentang perkara-perkara berikut:

a.     Bunyi loceng waktu rehat
-Terutamanya loceng tamat waktu rehat. Apabila loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat, sepatutnya  murid-murid terus bergegas ke dewan tetapi kebanyakan murid masih berkeliaran dan berlegar-legar di kantin. Murid-murid diingatkan peka dengan bunyi loceng dan tidak membuang masa.

b.     Penggunaan anak tangga.
-Murid-murid juga diingatkan supaya berhati-hati ketika menuruni dan menaiki anak tangga. Dilarang berebut-rebut dan bertolak-tolak bimbang murid akan terjatuh dan tercedera. Oleh itu murid-murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.


Ucapan guru bertugas


Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.

Barisan guru bertugas 
Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah

Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkahlaku manusia yang berada di dalamnya. Maksud peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat atau sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkahlaku dan melicinkan perjalanan hidup warga sekolah supaya proses pembentukan jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.

Apabila terdapat gangguan yang tidak diingini berlaku ianya akan menyebabkan sistem pendidikan yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan teratur dan secara tidak langsung ianya juga membantutkan usaha pembentukan nilai-nilai murni. Usaha pembentukan nilai murni ini adalah penting bagi para pelajar untuk menghadapi situasi yang sebenar dalam alam kehidupan sebenar.

Oleh sebab itu, beberapa keterangan mengenai peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh murid-murid sekolah  iaitu:

a. Pakaian Seragam Sekolah - pakaian murid lelaki dan perempuan
b. Kasut - berwarna putih
c. Rambut - Lelaki mesti berambut pendek
                 - Perempuan mesti diikat supaya kelihatan kemas.
d. Sarung kaki/stoking - berwarna putih
e. Lencana Sekolah - tampal di bahagian atas saku baju kemeja atau bahagian atas sebelah kiri baju kurung.
f.  Tanda Nama -  saiz, bentuk tulisan, warna hendaklah seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
g. Unit Beruniform - dibenarkan dipakai pada setiap hari Rabu sepanjang hari persekolahan dan sewaktu menjalani aktiviti kokurikulum.

Pn. Azwani menerangkan tentang peraturan sekolah

Penyampaian hadiah kepada peserta Jamboree di India

Pada 28 Disember 2016 sehingga 06 Januari 2017, 2 orang murid dan seorang guru telah mengikuti 17th Scouts & Guides Jamboree di India. Peserta-peserta tersebut adalah seperti berikut:
1.      Pn. Parimala Vengadaslam
2.      Amirah Syazana binti Samsuri (6 Zuhrah)
3.      Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (6 Zuhrah)


Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang terlibat.


                     



Bantuan Beg Sekolah dan Alat Tulis

Pihak sekolah telah menerima sumbangan dan beg sekolah dan alat tulis untuk diagihkan kepada murid-murid miskin. Seramai 26 orang murid sekolah telah mendapat bantuan tersebut. Puan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan beg dan alat-alat tulis kepada murid-murid tersebut. Terima kasih diucapkan kepada individu dan pihak yang bermurah hati. Semoga ia dapat meringankan beban ibu bapa dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh murid-murid yang berkenaan.

       

Ucapan Guru Besar


Guru besar Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali telah mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya ke Jamboree Antarabangsa. Ia diharap dapat menggalakkan  murid melibatkan diri dengan aktif dalam bidang kokurikulum terutama unit beruniform. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG; Dr. Saravanan yang telah memberi sumbangan kepada peserta ke Jamboree tersebut.
Ucapan Guru Besar

 Disediakan Oleh: Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment