Pages

Monday, May 8, 2017

Guru Baharu SKTPP

Pada minggu lepas, SKTPP telah menerima 14 orang guru baharu lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dari beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara. Mereka terdiri daripada 8 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan dengan pelbagai opsyen.
   Selamat Datang diucapkan kepada guru-guru baharu ini ke SKTPP. Semoga barisan guru muda dan bersemangat serta sarat dengan idea dan potensi diri ini akan menyemarakkan lagi sekolah kita yang selama ini beroperasi dalam keadaan bilangan guru yang kurang. Adalah diharapkan agar kolaborasi antara guru baru dan lama ini akan meningkatkan lagi prestasi pendidikan anak-anak murid kita.
   Sesi takruf antara guru-guru baharu bersama para pentadbir telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Mereka turut membaca Akujanji sebagai ikrar taat setia kepada kerajaan Malaysia...






Salam perkenalan buat;

1) Muhammad Afiq bin Azli
Opsyen : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PPKI)

2) Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Opsyen : Bahasa Arab

3) Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
Opsyen : Bahasa Inggeris

4) Ahmad Zubair bin Muhamad Taib
Opsyen : Pendidikan Islam

5) Hariz Safwan bin Yaccob
Opsyen : Pendidikan Islam

6) Syahirah binti Tumar
Opsyen : Bahasa Arab

7) Nor Amirulfitri bin Othman
Opsyen : Pendidikan Jasmani

8) Mawaddah binti Kamarulzaman
Opsyen: Pendidikan Islam

9) Nur Murni binti Abdullah
Opsyen: Bahasa Inggeris

10) Amalina binti Abd Hamid
Opsyen : Bahasa Inggeris

11) Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab
Opsyen : Pendidikan Jasmani

12) Nur Affiqah binti Ahmad Subian
Opsyen : Bahasa Inggeris

13) Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
Opsyen : Bahasa Inggeris

14) Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
Opsyen : Bahasa Arab

No comments:

Post a Comment