Pages

Monday, May 8, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-18 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 8 Mei 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Cik Zalina bt Ismail

Guru Bertugas :
  1. En. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
  5. Cik Zalina bt Ismail
  6. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  7. Pn. Nora Azean binti Othman
  8. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Laporan/Ulasan



1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.


3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Cik Zalina bt Ismail.

4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi,

5. Laporan guru bertugas minggu ke-5 disampaikan oleh Pn Nor Maziah binti Abd Malek.


  • Guru mengingatkan murid agar mengelakkan melakukan perkara-perkara yang boleh melibatkan kemalangan dan kecederaan.  Murid dinasihatkan agar tidak berlari-lari ketika menuju ke kelas, dewan atau kantin. Murid perlu mengubah sikap dengan mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.



7. Tema minggu ini :

Menabung amalan mulia

  • Guru bertugas memaklumkan bahawa menabung adalah amalan yang mulia. Murid-murid perlu mendidik diri supaya dapat berjimat cermat dan menabung sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. 
  • Selain dapat menyimpan, duit tabungan tersebut boleh kita derma kepada orang yang lebih susah. 
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu : menyusun
  • Bahasa Inggeris : Exersice book
  • Bahasa Arab : Daftarun
9. Penyampaian hadiah
  • Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1
  1. 1 Albiruni
  2. 1 Ibnu Khaldun
  3. 1 Ibnu Sina
  • Tahun 2
  1. 2 Intelek
  2. 2 Arif
  3. 2 Jujur
  • Tahun 3
  1. 3 Kuprum
  2. 3 Vanadium
  3. 3 Titanium




  • Penyampaian hadiah Sempena Isra' Mikraj








10. Ucapan Guru Besar


  • Guru Besar mengingatkan murid-murid bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan berlangsung minggu hadapan. Murid-murid perlu mengulangkaji mata pelajaran yang telah diajar.
  • Seramai 14 orang guru baharu telah ditempatkan di SK Taman Putra Perdana. 8 orang guru telah ditempatkan di sesi petang. Berikut adalah senarai nama guru baharu:
  1. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
  2. Ahmad Zubair bin Hj Muhamad
  3. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman
  4. Amalina binti Abd Hamid
  5. Hariz Safwan bin Yaccob
  6. Nor Amirulfitri bin Othman
  7. Nor Athirah Amani binti Muhammad Abdul Wahab
  8. Nur Affiqah binti Ahmad Subiah
Sebahagian guru baharu

Perhimpunan rasmi minggu ke-18 tamat pada 2:10 petang

No comments:

Post a Comment