Seramai 25 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengambil bahagian di 9th Taipei Jamboree yang bertarikh dari 8 Julai sehingga 15 Julai 2017 di Taipei, Taiwan. Seramai 7 orang dari negeri Selangor; 3 orang dari sekolah menengah, 4 orang dari SK Taman Putra Perdana iaitu 2 orang pemimpin dan 2 orang ahli Pandu Puteri Tunas. Mereka yang terlibat ialah Pn. Parimala Vengadaslam, Pn. Maimunah Binti Yob, Amirah Syazana binti Samsuri (5 Zuhrah) dan Hurin Batrisyia Amani binti Ahmad Junaidi Doinil Jalalaini (5 Zuhrah). Ini merupakan pencapaian tertinggi dalam aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Antara objektif Jamboree ialah :
- Mengembangkan pontenspi melalui pelbagai aktiviti yang mencabar.
- Memupuk penghargaan terhadap alam semula jadi.
- Meningkatkan kewarganegaraan dunia dengan berinteraksi dengan peserta yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
- Berkongsi persahabatan antarabangsa dan saling menyayangi melalui kehidupan perkhemahan.
Video kenangan 9th Taipei Jamboree di Taiwan.
No comments:
Post a Comment