Pages

Saturday, July 15, 2017

GB SKTPP - Ikon Kepimpinan Daerah Sepang 2017

Sempena Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri PPD Sepang bertempat di SMK Dato Abu Bakar Baginda, Guru Besar SKTPP; Pn. Hjh. Rohaidah binti Mohd. Ali telah dianugerahkan Ikon Kepimpinan Daerah Sepang 2017. Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah hasil komitmen semua guru, staf, ibu bapa, murid-murid serta semua pihak yang banyak menyokong dan mendokong tugas saya selama ini. Terima kasih banyak buat semua. Jasa-jasa kalian sangat saya hargai. Semoga anugerah ini akan menjadi pemangkin buat saya bersama para guru untuk terus berbakti dengan lebih gigih lagi dalam usaha mencemerlangkan pendidikan anak bangsa.
   Tahniah juga buat YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohamad Suffian selaku Ahli Panel Bual Bicara Profesional dalam majlis tersebut. Semoga gandingan mantap dua pemimpin sekolah ini akan membawa SKTPP ke mercu kegemilangan. Amiinn..























Terima kasih PPD Sepang

(Lagi laporan dalam blog Guru Besar di sini)

☆ Rohaidah binti Mohd. Ali
     Guru Besar SKTPP

No comments:

Post a Comment