Pages

Wednesday, October 11, 2017

Program Lawatan Ilmu & Riadah Murid Prasekolah Ke Sunway Wildlife Zoo & Kilang Coklat Beryl's

Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), seramai 40 orang murid telah mengikuti lawatan dan riadah yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah. Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru prasekolah, Ustaz Ishak Shairazi dan seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Azuwa dari Just Relax Travel merupakan pemandu pelancong bagi kumpulan kami pada hari ini. Perjalanan bermula pada jam 8.00 pagi dan tiba di sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.

Murid-murid telah dibawa melawat Kilang Coklat Beryl's, Sri kembangan setelah kami tiba pada jam 8.30 pagi. Mereka menonton video yang memaparkan proses penghasilan coklat kegemaran mereka di samping berpeluang melawat kawasan kilang tersebut. Murid juga berpeluang membeli pelbagai jenis coklat untuk dibawa pulang.

Destinasi seterusnya ialah Sunway Wildlife Zoo di Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat murid-murid sepanjang kami melawat di sini. Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan dan mengetahui habitatnya. Antara aktiviti yang diadakan seperti menangkap ikan, memberikan arnab makan kangkung, pertunjukkan burung kakak tua dan dapat memegang ular sawa. 

Kami juga berkesempatan beriadah di taman permainan Sunway Lagoon. Sebelum pulang, semua murid dan guru menjamu selera di KFC Petaling Jaya. Semua murid gembira sepanjang aktiviti yang mereka lakukan. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing sekitar jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. 




Taklimat oleh Puan Azuwa sebelum menaiki bas

Kenangan di Kilang Coklat Beryl's

Tiba di hadapan Sunway Wildlife Zoo

Aktiviti  di kolam ikan

Pengalaman memegang ular sawa

Riadah di Taman Permainan Sunway Lagoon

Riadah yang menyeronokkan

Rehat dan menjamu selera di KFC 

Disediakan oleh : Noor Hanawati Alinda Abd Taib Puruji

No comments:

Post a Comment