Pada 11 Oktober 2017 (Rabu), seramai 40 orang murid telah
mengikuti lawatan dan riadah yang telah dianjurkan untuk murid prasekolah.
Lawatan ini diiringi oleh 2 orang guru prasekolah, Ustaz Ishak Shairazi dan
seorang Pembantu Pengurusan Murid. Puan Azuwa dari Just Relax Travel merupakan
pemandu pelancong bagi kumpulan kami pada hari ini. Perjalanan bermula
pada jam 8.00 pagi dan tiba di sekolah semula sekitar jam 3.30 petang.
Murid-murid telah dibawa melawat Kilang Coklat Beryl's, Sri
kembangan setelah kami tiba pada jam 8.30 pagi. Mereka menonton video
yang memaparkan proses penghasilan coklat kegemaran mereka di samping
berpeluang melawat kawasan kilang tersebut. Murid juga berpeluang membeli
pelbagai jenis coklat untuk dibawa pulang.
Destinasi seterusnya ialah Sunway Wildlife Zoo di Sunway Lagoon. Pelbagai aktiviti disediakan bagi menarik minat murid-murid sepanjang kami melawat di sini. Kami berpeluang melihat pelbagai jenis haiwan dan mengetahui habitatnya. Antara aktiviti yang diadakan seperti menangkap ikan, memberikan arnab makan kangkung, pertunjukkan burung kakak tua dan dapat memegang ular sawa.

Kami juga berkesempatan beriadah di taman permainan Sunway
Lagoon. Sebelum pulang, semua murid dan guru menjamu selera di KFC
Petaling Jaya. Semua murid gembira sepanjang aktiviti yang mereka
lakukan. Murid-murid dijemput oleh keluarga masing-masing sekitar jam 3.30
petang hingga 4.30 petang.
Taklimat oleh Puan Azuwa sebelum menaiki bas
Kenangan di Kilang Coklat Beryl's
Tiba di hadapan Sunway Wildlife Zoo
Aktiviti di kolam ikan
Pengalaman memegang ular sawa
Riadah di Taman Permainan Sunway Lagoon
Riadah yang menyeronokkan
Rehat dan menjamu selera di KFC
Disediakan oleh : Noor Hanawati Alinda Abd Taib Puruji
No comments:
Post a Comment