Pada hari Sabtu bersamaan 7 Oktober 2017, telah
diadakan satu program motivasi pelajar dan ibu bapa “Inspirasi Juara” bersama ahli sukan negara yang telah mencapai kecemerlangan yang membanggakan di
dalam bidang sukan dan pelajaran. Program ini bertempat di Auditorium Pusat
Kecemerlangan PROTON, (COE), Subang Jaya, Selangor.
Program ini dianjurkan oleh pihak PROTON sebagai satu langkah tanggungjawab sosial dan bagi memelihara hubungan baik
antara PROTON dan pihak sekolah. Kelab PROTON mengambil inisiatif mengadakan
program motivasi untuk pelajar dan ibu bapa “Inspirasi Juara” bersama ikon
negara yang terdiri daripada atlet terjun negara iaitu Brian Nickson Lomas,
Leong Mun Yee serta Pandalela Rinong. Selain daripada itu, atlet bola jaring yang
semakin menyerlah iaitu Annajwa turut sama memberi sokongan dalam memberi
semangat dan motivasi kepada jemputan yang hadir.
Program ini juga turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Datuk Zaiton Othman yang kini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Sukan Negara. Bukan itu sahaja, seorang tetamu khas turut hadir menzahirkan sokongannya terhadap program ini iaitu Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Pengurusan Strategik Korporat PROTON.
Program ini juga turut diserikan dengan penampilan istimewa oleh Datuk Zaiton Othman yang kini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Sukan Negara. Bukan itu sahaja, seorang tetamu khas turut hadir menzahirkan sokongannya terhadap program ini iaitu Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Pengurusan Strategik Korporat PROTON.
Program ini telah disertai oleh 42 orang
pelajar yang kesemuanya merupakan pelajar yang bergiat aktif dalam bidang sukan
di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Pelajar-pelajar ini terlibat dalam
sukan kriket, bola baling, hoki dan bola jaring. Seramai 4 orang guru pengiring
turut sama menyertai program ini yang merupakan jurulatih dan guru pembimbing
bagi sukan-sukan tersebut.
Setibanya di sana, kesemua pelajar telah
disambut baik oleh pegawai yang menguruskan penyertaan pelajar dan kemudiannya
dibawa melawat pameran dan koleksi keluaran PROTON daripada model kereta yang
pertama iaitu kereta Saga sehinggalah kepada keluaran yang terbaru seperti
Proton Ertiga, Perdana, Persona dan banyak lagi. Keterujaan pelajar melihat
kesemua jenama keluaran Proton dapat dilihat melalui semangat yang mereka
tunjukkan semasa pegawai yang bertugas memberi penerangan tentang model
keluaran mereka.
Para pelajar SK Taman Putra Perdana selamat tiba di Auditorium Pusat Kecemerlangan PROTON
Cikgu Izwan merupakan salah seorang guru pengiring yang menyertai rombongan
Sebahagian pelajar perempuan yang mengikuti pogram ini
Sebahagian pelajar lelaki yang turut sama dalam program motivasi
Pelajar bergambar kenangan dengan kereta yang dipamerkan
Pelajar melihat kereta keluaran PROTON dengan lebih dekat
Enjin kenderaan PROTON turut dipamerkan
Pegawai memberi penerangan tentang kereta yang dipamerkan
Pelajar bergambar kenangan
Program bersama dengan pelajar dan ibu bapa
dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Datuk Zaiton Othman. Sedikit biodata
tentang kegemilangannya, beliau merupakan jagoan dalam acara heptathlon serta
400 meter semasa era kegemilangannya. Beliau juga dikenali dengan dengan
jolokan “wanita besi” dan merupakan pemegang rekod kebangsaan heptathlon di
Sukan SEA Manila 1981. Beliau memenangi anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1982.
Sesi perkongsian diteruskan lagi bersama dengan
penerjun negara iaitu Brian Nickson Lomas. Beliau merupakan atlet Malaysia
termuda yang melayakkan diri ke sukan Olimpik ketika berumur 14 tahun dan
merupakan atlet pertama yang memenangi pingat emas acara 3 meter papan anjal
pada Kejohanan Dunia yang berlangsung di Brazil pada tahun 2004.
Bukan sahaja atlet penerjun lelaki yang
turut serta dalam program ini, malah dua orang penerjun wanita negara turut
memeriahkan program. Mereka merupakan pasangan penerjun negara iaitu Pandalela
Rinong dan Leong Mun Yee. Pandalela Rinong menjadi atlet wanita pertama
Malaysia sebagai pembawa bendera di upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas
di London pada tahun 2012 dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia
pertama memenangi pingat olimpik (pingat gangsa) dalam acara terjunan 10 meter
platform wanita.
Manakala pencapaian yang diperolehi oleh Leong
Mun Yee ialah beliau berjaya merangkul pingat perak pada Fina Diving World Cup
di Shanghai, China pada 2014 selain pingat gangsa pada acara 10 meter synchro
di Sukan Asia Incheoon, Korea.
Perkongsian terakhir pula diberikan oleh Pengarah Pengurusan Strategik Korporat PROTON iaitu Encik Yusri Bin Yusuf yang
memberi inspirasi kepada pelajar dan ibu bapa tentang perjalanan karier dalam
bidang kerjayanya daripada seorang “eksekutif” menjadi seorang “direktor” yang
disegani.
Pegawai Kelab PROTON sedang memberikan taklimat ringkas sebelum program bermula
Pentas utama program motivasi
Bersama pengulas sukan terkenal, Haji Zainal Abidin Rawop selaku pengacara majlis
Datuk Zaiton Binti Othman
Datuk Zaiton Binti Othman sedang memberikan ucapan serta motivasi kepada para pelajar
Brian Nickson Lomas, atlet terjun lelaki negara
Atlet terjun negara bersemangat dalam menyampaikan ucapannya kepada para hadirin yang datang
Annajwa, atlet bola jaring yang menyumbang emas dalam Sukan Sea 2017 yang lalu
Perkongsian daripada Annajwa
Detik kegemilangan Annajwa dalam sukan bola jaring
Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Pengurusan Strategik Korporat PROTON
Encik Yusri Bin Yusuf sedang memberi input berguna kepada hadirin
Leong Mun Yee, atlet terjun wanita negara
Pengacara majlis bertanyakan soalan kepada atlet negara
Pandalela Rinong, atlet terjun wanita negara
Kewibawaan Pandalela Rinong terserlah melalui perkongsian motivasi beliau
Barisan atlet negara yang menyumbang bakti menaikkan motivasi pelajar
Apa yang boleh disimpulkan hasil daripada
perkongsian-perkongsian dan motivasi daripada panel jemputan ialah:
- Setiap pelajar perlulah mempunyai semangat yang kuat dalam melakukan sesuatu yang ingin dicapai baik dari aspek akademik mahupun kokurikulum.
- Setiap pelajar perlu memastikan momentum dalam melakukan sesuatu sentiasa diperbaharui dan dikekalkan serta mengelakkan diri daripada mudah berputus asa apabila mengalami kegagalan. Sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai satu pemangkin semangat untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang kerana kegagalan yang berlaku hari ini bukan bermaksud gagal untuk selama-lamanya.
- Tidak senang untuk menjadi senang, tidak susah untuk menjadi susah.
- Selagi mana kita mahukan sesuatu, ia bermaksud kita boleh pergi dengan lebih jauh untuk mencapai hasrat dan keinginan diri sendiri.
- Setiap pelajar perlu menanam di dalam diri masing-masing untuk sentiasa berusaha dengan lebih gigih dalam membangunkan diri.
- Setiap pelajar boleh membuat perancangan yang rapi tentang apa yang hendak dicapai dalam akademik dan kokurikulum.
- Setiap pelajar perlu menghormati ibu bapa dan mendapatkan restu dan berkat daripada mereka agar laluan mereka sentiasa dipermudahkan dan tercapai segala yang dihajatkan.
- Sebagai ibu bapa perlulah mendengar apa yang anak-anak mereka mahukan dan tidak menyekat atau menghalang keinginan anak-anak serta terus memberikan sokongan moral dan bimbingan supaya kecemerlangan anak-anak dapat dioptimumkan.
- Pihak sekolah boleh memberikan sokongan dari segi ilmu dan kemahiran kepada pelajar di sekolah.
Selepas sesi perkongsian dan motivasi daripada
atlet-atlet negara, program diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada
pihak PROTON sebagai kenang-kenangan dan menghargai jasa dan pengorbanan atlet
negara dalam mencapai misi sukan negara. Setiap atlet telah menerima jaket
PROTON yang diharap memberikan impak yang lebih baik dalam menjana
kecemerlangan mereka dalam pelajaran dan sukan.
Brian Nikcson Lomas menerima jaket sumbangan PROTON
Penyampaian cenderahati kepada atlet terlibat
Annajwa turut menerima cenderahati dari Setiausaha Kelab PROTON
Atlet-atlet negara bergambar kenangan
Selepas tamat program, atlet-atlet sukan negara
bergambar bersama tetamu dan hadirin yang datang meraikan mereka dan para
pelajar tidak melepaskan peluang untuk bermesra dan mengambil gambar dengan
ikon sukan negara dengan lebih dekat. Selepas sesi bergambar, semua hadirin
menikmati hidangan yang telah disediakan dan tepat jam 3.40 petang, rombongan
pelajar telah selamat sampai ke sekolah. Semoga segala pengisian
yang diperolehi daripada program motivasi pelajar dan ibu bapa bersama ahli
sukan negara ini dapat memberikan pengetahuan dan semangat baru kepada atlet
sukan Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana untuk mencipta lebih banyak
kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah ikon sukan negara.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Disediakan oleh:
Syahirah Binti Tumar
No comments:
Post a Comment